ARIF dan AWAN Melaka serah kerusi roda untuk pesakit kronik

ARIF dan AWAN Melaka serah kerusi roda untuk pesakit kronik

AMAL Relief (ARIF) dan Angkatan Wanita (AWAN) Parti AMANAH Negara Negeri Melaka tidak jemu-jemu membantu rakyat yang memerlukan bantuan dalam apa juga bentuk.

Pengarah ARIF Melaka, Hairil Anwar berkata baru-bari ini ARIF dan AWAN membantu meringankan beban seorang ibu tunggal, Norhashimah Ahmad, 46, yang menderita sakit kencing manis yang kronik. Keadaan beliau memang menyedihkan di mana beberapa jari kaki beliau telah dipotong.

“Lebih memilukan beliau juga mempunyai seorang anak orang kurang upaya (OKU) yang menderita sakit buang pinggang yang serius,” katanya.

Beliau tinggal di sebuah rumah usang di Kampung Alai, Telok Mas.

Bantuan yang diberikan itu katanya, berupa kerusi roda bagi menyenangkan beliau bergerak di dalam rumahnya.

“Sumbangan ini amat bermakna kepadanya di mana beliau beberapa mengucapkan terima kasih dengan linangan air mata,” katanya.

Menurutya, sumbangan kerusi roda tersebut disampaikan oleh Ketua Amanah kawasan Kota Melaka, Harun Mohamad di rumah Norhashimah semalam.

“Turut bersama adalah petugas ARIF Melaka, bersama AWAN Negeri Melaka,” katanya.