ARIF dan Medic Team dapat pujian bertugas di himpunan #TangkapMO1

ARIF dan Medic Team dapat pujian bertugas di himpunan #TangkapMO1

Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) merakamkan sepenuh penghargaan dan terima kasih kepada sekalian petugas (ARiF dan Medic Team) serta seluruh demonstran yang berhabis wang ringgit dan masa untuk sama-sama menjayakan Himpunan #TangkapMO1 petang tadi.

Naib Ketua Pemuda @ Pengarah Mobilisasi Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, komitmen tidak berbelah-bahagi ini sama sekali tidak terbayar dan amat bernilai dalam usaha kita melawan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana negara.

“Setiap keringat dan lelah dalam hela nafas kita sepanjang fatrah #TangkapMO1 ini pastinya tidak akan tersia-sia dan bakal memperoleh ganjaran selayaknya di akhirat kelak,” katanya.

Kini kata beliau, masa untuk bergerak perlahan atau ‘alon-alon’ kata orang Jawa, telah berlalu.

“Keadaan genting amat menuntut untuk kita bermati-matian mengukuh organisasi parti dan memperkemas jentera pilihanraya, berdepan juak-juak kleptokrasi di medan demokrasi,”katanya.

Beliau memuji sikap golongan muda yang kuat, berjiwa muda dan cekal menghadapi hari-hari mendatang.

TAGS