Malaysia Dateline

Ariffin Zakaria pengerusi JK Khas Bebas Darurat

Yang Dipertuan Agong telah melantik bekas Ketua Hakim Negara, Tan Sri Ariffin Zakaria  sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021.

Jawatankuasa 19 anggota itu turut disertai oleh empat MP Perikatan Nasional dan tiga dari Pakatan Harapan.

Perkara tersebut dimaklumkan dalam satu kenyataan oleh pejabat Perdana Menteri sebentar tadi.

Ahli Parlimen kerajaan terdiri dari Tan Sri Noh Omar, (Tanjung Karang); Datuk Sri Rohani Abdul Karim, (Batang Lupar); Datuk Azizah Mohd Dun, (Beaufort); dan Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, (Pasir Puteh).

Manakala Ahli Parlimen pembangkang pula terdiri dari Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, (Kulim-Bandar Baharu); Anthony Loke Siew Fook, (Seremban); Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, (Kuala Selangor).

Anggota yang lain adalah bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai; bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin; bekas Ketua Pengarah Kesihatan Prof Tan Sri Dr Mohamad Taha Arif.

Selain itu, turut disertai pakar bedah jantung, Tan Sri Dr. Yahya Awang; Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia, Tan Sri Ter Leong Yap; Pro-Canselor Universiti Cyberjaya, Tan Sri Dr. R. Palan; dan bekas Timbalan Pendakwaraya Pejabat Peguam Negara, Datuk Setia Sallehuddin Saidin.

Seterusnya, Pakar Kesihatan Awam, Dr. Andrew Kiyu Dawi anak Usop; bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman; dan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Untuk rekod, Jawatankuasa khas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 berperanan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya.

Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Perdana Menteri berperanan sebagai urussetia jawatankuasa ini.