Malaysia Dateline

Arkitek kongsi contoh binaan haram yang biasa dibuat penghuni flat tapi sebenarnya tak boleh

Isu penambahan strutur bangunan flat ni bukanlah isu yang baru kerana di mana-mana kita pergi, pasti kita nampak beberapa flat yang keadaannya sudah diubahsuai oleh pemilik rumah. Bagaimanapun jarang kita lihat bangunan tambahan ini dirobohkan pihak berkuasa tempatan.

Cuma baru-baru ini orang ramai digemparkan dengan isu sebuah rumah flat yang sedang dalam proses pengubasuaian, dirobohkan pihak majlis.

Justeru itu, seorang arkitek yang dikenali sebagai Ahmadkhairul Sabirin Ahmad Rosli berkongsikan kepada orang ramai contoh binaan tanpa kebenaran di flat-flat yang sudah biasa dilakukan kebanyakan penghuni rumah flat tetapi sebenarnya tak boleh dilakukan.

“Kalau siapa yang tak tahu, memang sudah jelas binaan tambahan untuk kediaman memerlukan kelulusan dari PBT.

“Ok lah kalau tak tahu pun, kita masih ada common sense. Bila beli flat ni, dalam agreement floor plan dia tunjuk bahagian mana? Biasanya pelan layout rumah sahajalah. Tak ada pula dia tunjuk kaki lima depan belakang semua kita punya. Jadi kenapa nak buat di atas tanah bukan bahagian kita? Common sense.

“Problem dengan binaan tanpa kebenaran di flat ni, dah macam-macam jenis dah dan hasilnya kebanyakan akan membahayakan keselamatan. Kerja-kerja menyelamat bomba pun boleh tergendala pasal ada binaan macam ni. Truck bomba tak boleh park dekat tangga, tak sampai. Itu salah satu.

“Nak buat binaan tambahan, kena check dulu dengan PBT atau at least management body. Senang. Bukan tanya tukang, tukang dia nak job saja asal jalan. Tuan rumah suruh buat dia buat,” tambah arkitek itu lagi.

Baca juga: Uncle Kentang tak setuju tindakan roboh rumah flat