Armada Bersatu mahu PDRM, SKMM bertindak serius dakwaan Adun DAP diugut bunuh

Armada Bersatu mahu PDRM, SKMM bertindak serius dakwaan Adun DAP diugut bunuh

Muhammad Syamer Mohamed Sulaiman

Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Bukit Gelugor, mendesak pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya mengambil tindakan serius terhadap ugutan bunuh yang diterima oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun ) Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid baru-baru ini.

Ketuanya Muhammad Shameer Mohamed Sulaiman berkata, Armada Bersatu Bahagian Bukit Gelugor mengutuk sekeras-kerasnya tindakan provokasi individu-individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan fitnah kononnya Adun tersebut akan menyerang institusi Islam demi kepentingan DAP.

“Isu ini bukan sesuatu yang baru kerana Syerleena telah pun memberi respon sebelum ini melalui beberapa penjelasan dan sidang media yang telah diadakan.

“Beliau pernah membuat laporan polis mengenai fitnah yang dilemparkan terhadapnya membabitkan isu yang sama.

“Sebaliknya tindakan penyebar fitnah tersebut telah menimbulkan kemarahan umat Islam sehinggakan Adun tersebut menerima ugutan bunuh melalui peti surat pusat khidmat beliau, ” ujarnya dalam kenyataan.

Beliau mengulas mengenai dakwaan Adun Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid pada 11 Julai, mendakwa menerima ugutan bunuh melalui sekeping nota yang dimasukan ke peti surat pusat khidmatnya di Taman Island Glades di Georgetown, Pulau Pinang.

Menurut Muhammad Shameer lagi, selepas penamaan calon sehinggalah tempoh berkempen Armada Bukit Gelugor senantiasa mengikuti semua program, aktiviti maupun ceramah yang dianjurkan oleh Adun tersebut.

Namun begitu katanya, tidak pernah melihat serta mendengar ideologi serta perbuatan sepertimana yang didakwa.

“Sepanjang tempoh berkempen beliau acapkali turun ke masjid dan surau di kawasan sekitar yang menganjurkan program bersama kariah-kariah dalam kawasan tersebut.

“Disamping itu masyarakat Melayu dan Islam turut diraikan serta kebajikan mereka amat diberi perhatian serius bagi memastikan nasib masyarakat Melayu dan Islam terus mendapat pembelaan.

“Justeru itu Armada Bersatu Bukit Gelugor amat berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan drastik bagi mencari pesalah serta penyebar fitnah tersebut dan penghantar ugutan bunuh yang boleh mengancam keselamatan Syerleen dan juga masyarakat sekeliling, ” ujarnya.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS