Armada Bersatu tidak setuju tuntutan Hindraf terhadap UiTM

Armada Bersatu tidak setuju tuntutan Hindraf terhadap UiTM

Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menolak sekeras-sekerasnya tuntutan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf2.0) supaya kemasukan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada semua kaum.

Biro Pendidikan Armada  Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir, berkata Hindraf 2.0 tidak wajar menyentuh isu yang mampu membangkitkan kemarahan orang Melayu.

“Malaysia kini menuju ke arah Malaysia Baharu di bawah kerajaan Pakatan Harapan  antara teras utamanya adalah integrasi nasional dalam menuju ‘asimilasi’ setiap kaum dalam suasana rukun dan harmoni.

“Semestinya ke hadapan mampu menghasilkan tiap warga yang mampu berdaya saing atas semangat dan jiwa Malaysia.

“Isu terkait UiTM adalah merupakan hak eksekutif yang terlalu awal dibincangkan atau dituntut khususnya oleh Hindraf. Dalam fasa peralihan ini, banyak lagi agenda utama yang lebih menguntungkan rakyat sedang dilaksana oleh kerajaan Pakatan Harapan. Namun tuntutan Hindraf  ini mampu mengganggu keseimbangan dalam agenda yang lebih utama.

“Ini kerana belum masanya UiTM dibuka kepada bukan bumiputera kerana ia satu-satunya institusi yang ditubuhkan untuk memberi pendidikan tinggi kepada orang Melayu dan Bumiputera secara eksklusif sementelah penubuhan UiTM jelas diasaskan kesan semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk menghapuskan kemiskinan dan menstruktur semula masyarakat,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Asyraf  Mustaqim mengulas mengenai tuntutan Hindraf menerusi Ketua Umumnya P Uthayakumar yang menuntut UiTM dibuka kepada kaum India di negara ini.

Pertubuhan tersebut telah menyerahkan memorandum mengandungi 25 tuntutan lain kepada kerajaan menerusi Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham semalam.

Memorandum itu diterima Sekretariat Majlis Penasihat Kerajaan, Zawiyah Mohd Yusof.

Sehubungan itu, pihaknya menggesa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak tuntutan itu kerana menyentuh hak dan kepentingan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan.”

“Negara kini menuju ke arah Malaysia Baharu di bawah kerajaan Pakatan Harapan dengan teras utamanya adalah integrasi nasional, menuju asimilasi setiap kaum dalam suasana rukun dan harmoni.

“Pun begitu, isu terkait UiTM adalah hak eksekutif yang terlalu awal dibincangkan atau dituntut khususnya oleh Hindraf,” katanya

Mohd Ashraf Mustaqim berkata, pihaknya berpendapat belum masanya UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera kerana ia satu-satunya institusi ditubuhkan untuk memberi pendidikan tinggi kepada orang Melayu dan Bumiputera secara eksklusif.

“Perkara terkait dengan UiTM adalah sesuatu yang tidak wajar disentuh oleh mana-mana pihak kerana ia dinaungi Perlembagaan iaitu teras negara khususnya melalui artikel 153 berkenaan Hak Keistimewaan Orang Melayu,” katanya.

 

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS