Malaysia Dateline

Armada kecam cadangan pimpinan beri kontrak, tender kepada Ketua Bahagian

Armada Bersatu sebulat suara menolak  pandangan Naib Presiden Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman  untuk parti memberi peluang kepada mana-mana Ketua Bahagian mendapatkan tender atau kontrak di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

Ketua Penerangannya Ulya Aqamah Husamudin berkata, Armada tidak akan sekali-kali bertoleransi dan bersetuju dengan cadangan sedemikian.

Ulya Aqamah Husamudin

“Jika ada dikalangan oang parti mendapatkan kontrak,kerana mereka layak mendapat kontrak,tidak mengapa.

“Tetapi kami tidak akan sekali bertoleransi dan bersetuju dengan salah guna kuasa atau pemberian terus mana-mana tender atua kontrak kepada  pimpinan ata ahli parti.

“Kami akan perangi habis-habisan jika perkara ini berlaku,” ujarnya dalam sidang media tergempar yang diadakan selepas selesai persidangan ditangguhkan petang ini.

Tindakan Armada itu yang mendapat restu daripada Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu, kerana memberi respon kepada ucapan penutupan persidangan Naib Presiden Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman hari ini.

Kata Ulya Aqamah yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, menegaskan Armada mengingatkan semua ahli Armada dan parti Bersatu perlu membawa era baharu dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.

“Mesej kami jelas sebagai satu peringkatan kepada semua ahli parti dalam parti.

“Kita mahu membawa agenda Melayu baharu dan memperkasakan orang Melayu dengan nilai lebih baik dengan sikap amanah, integriti, bersatu dan bermaruah.

“Kami seru semua armada dan ahli parti tinggalkan perbuatan seperti ini. Kita perlu bergerak kehadapan pastikan bangsa berintegriti beramanah untuk menang PRU15 atas kepercayaan dan mandat rakyat bukan kerana salah guna kuasa atau politik wang semata-mata untuk mendapatkan tender atau kontrak kerajaan,” ujarnya.

Turut hadir barisan Exco Armada.

Tan Sri Rashid dalam ucapannya berkata,  secara peribadi mencadangkan kepada pucuk pimpinan akan mempertahankan kemenangan dengan perlunya diberikan ‘senjata’ yang kuat untuk mempertahankan sokongan kepada parti.

Katanya ketua bahagian, ketua cawangan ditinggalkan begitu sahaja selepas parti menang pilihan raya.

“Nasib baik PM bagi kerja.Gaji saya  besar saya mampu pertahankan bahagian saya.

“Saya tidak boleh cakap sombong… jangan rampas kerja orang… jangan ambil ini jangan ambil itu…itu pandangan yang ‘stupid’ (bodoh).

“Ketua bahagian dan ketua cawangan mampu diberikan –  untuk pertahan kedudukan” ujarnya yang kemudian mendapat tepukan gemuruh daripada perwakilan yang hadir.

Sambung Ulya lagi  sokongan  dikalangan perwakilan  di dalam dewan itu itu tidak mengambarkan pendirian perwakilan  dan kepimpinan Armada  keseluruhan i yang mempunyai prinsip untuk membawa imej Malaysia Baharu dalam parti dan kerajaan Pakatan Harapan.