Malaysia Dateline

Armada lapor polis lagu Negaraku dinyanyikan dalam bahasa Mandarin

ARMADA Nasional melalui Biro Pendidikan ARMADA hari ini membuat laporan polis berkaitan tular di media sosial lagu Negarku dinyanyikan dalam bahasa lain selain bahasa Melayu.

Exco Armada Nasional Mohd Ashraf Mustaqim berkata, berasa kesal dengan tindakan beberapa pihak yang biadab tanpa nilai sensitiviti dan rasa hormat ke atas lagu Negaraku selaku lagu kebangsaan negara.

Menurutnya Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan negara adalah Bahasa Melayu, manakala lagu Negaraku adalah merupakan lagu rasmi negara.

“Biarpun di bawah klausa perkara yang sama, kurungan (1) (a) menyatakan “tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud RASMI), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain;”

“Ini bukanlah suatu tiket untuk mana-mana pihak dengan sewenangnya mengubah lirik Negaraku ke dalam apa bahasa sekalipun,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Putrajaya pada jam 2.54 tenghari tadi.

Beliau yang hadir sendirian membuat laporan polis itu suslan menerima maklumat satu video mengenai nyanyian lagu negaraku dalam bahasa Mandarin,

“Armada telah menjalankan sedikit penlidikan dan mendapati lebih dari satu entiti yang berbeza turut juga menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa Arab!

“Jelas kedua nyanyian Negaraku samada dalam Mandarin mahupun Arab adalah salah dan melanggar kedudukan lagu Negaraku, yang diangkat sebagai lagu rasmi Negara atau lagu kebangsaan melalui sendi bahasanya iaitu Bahasa Melayu.

“Tindakan sedemikian, mengkhianati nilai Patriotisme dan Nasionalisme yang seharusnya mampu turut mengakar melalui pemahaman dari bait-bait lirik Negaraku dalam Bahasa Melayu.

“Biarpun tujuan untuk memberikan pemahaman dalam ‘bahasa asing’ yang dipelajari di sekolah-sekolah terbabit (Sekolah Cina dan Sekolah/Kelas Arab), namun terdapat banyak lagi lagu yang juga bercorak kenegaraan atau patriotik boleh dijadikan bahan untuk diajari namun tidaklah sama sekali lagu Negaraku itu diperdagangkan,” ujarnya.

Justeru katanya, tindakan perlu diambil segera bagi mengekang pemikiran sebegini ditambah ianya mampu menjadi modal permainan politik pihak tidak bertanggungjawab dengan mengaitkan dengan hal-hal berbentuk perkauman.

Biro Pendidikan Armada Nasional katanya lagi, telah membuat laporan polis bagi menyiasat dan mengekang perkara sebegini dari berlanjutan.