Armada mengalukan hasrat Rafidah sertai Bersatu

Armada mengalukan hasrat Rafidah sertai Bersatu

Hannaan Khairy

Armada Parti PribumiBersatu Malaysia (Bersatu) menyambut baik hasrat Tan Sri Rafidah Aziz untuk menyertai parti itu, kata Exco Armada Hannaan Khairy.

Beliau berkata, Armada menyiatkan keinginan bekas ketua wanita Umno itu sebenarnya adalah ‘orang’ Bersatu. S

“Sedari awal kempen Pakatan Harapan, Tan Sri Rafidah sudah mula bersama menentang kleptokrasi Najib Razak dan Umno-BN.

“Bersatu memerlukan lebih ramai figura-figura politik untuk bersama, yang kita lihat tidak cenderung ke arah Najib Razak dan juga korupsi yang dilakukan pentadbiran lama.

“Kami yakin dengan kehadiran Tan Sri Rafidah akan membantu menguatkan lagi BERSATU serta dapat membantu meningkatkan lagi keyakinan rakyat untuk menyertai BERSATU terutamanya dalam kalangan wanita,” ujarnya dalam kenyataan.

Semalam Rafidah yang pernah menyandang jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan hasrat untuk menyertai Bersatu.Beliau sudah menyampaikan hasrat itu kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika ditanya media selepas beliau menghadiri Simposium Institut Pentadbir dan Setiausaha Bertauliah Malaysia (MAICSA).

Rafidah digugurkan keahlian Umno bersama dua bekas menteri iaitu Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Dr Rais Yatim pada 5 Mei lalu, kerana menyokong PH serta menghentam parti itu.

Sebelum ini Ahli Parlimen Jeli Datuk Mustapa Mohamed telah menyertai Bersatu.

COMMENTS