Malaysia Dateline

Armada Selangor tolak ICERD, mahu Waytha Moorthy mohon maaf

Armada Bersatu Selangor menolak sebarang keputusan untuk meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Ketua Armada Bersatu Selangor Adhif Syan Abdullah berkata, selama 61 tahun Perlembagaan Persekutuan sebagai dokumen undang-undang tertinggi dalam Malaysia memastikan semua kaum mendapat pembelaan sewajar dan
seadilnya.

“Tidak ada keperluan untuk meratifikasi sebarang dokumen asing kerana acuannegara kita, melalui Perlembagaan, ternyata lebih sesuai dan berkesan berbanding manamananegara lain yang telahpun menandatangani perjanjian tersebut.

“Armada Selangor sedar bahawa kerajaan, yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad, hanya berniat membawa isu ICERD ke meja rundingan bagi mendengarpandangan semua pihak berkepentingan.

“Perdana Menteri juga dengan jelas menyatakan bahawa ICERD “mustahil ditandatangan” namun perbincangan berkenaannya dibolehkan.

“Walaubagaimana pun, isu ini telah mengundang reaksi marah rata-rata orang Melayu dan ini indikasi jelas bahawa ratifikasiICERD tidak akan terjadi kerana tiada sokongan dari orang Melayu baik di pihak parti kerajaan mahupun di pihak parti pembangkang,” ujarnya dalam kenyataan.

Justeru katanya lagi, usaha ratifikasi ini hendaklah dihentikan dan Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial P. Waytha Moorthy wajar memfokuskan kepada perkara lain.

“Portfolio ‘Perpaduan & Kesejahteraan Sosial’ yang dipegang beliau jelas tidak mencerminkan keadaan yang kini berlaku, malah, berpotensimengundang perpecahan antara kaum.

“Susulan tersebar satu video pada 2011 yang mengutip kenyataan Menteri,P. Waytha Moorthy, kononnya wujudnya pencabulan hak asasi yang kronik kepada kaum dan penganut agama lain terutama India beragama Hindu di Malaysia.

“Tuduhan ini amatlah berat. Hakikat ianya baru timbul kesan dari isu ICERD bukan isu sebenar. Isu lebih utama adalah P. Waytha Moorthy tidak pernah meminta maaf atas kenyataan yang dibuat walaupun menyedari kenyataan tersebut tidak benar dan jauh dari realiti keadaan di Malaysia,” ujarnya.

Tambah Adhif Syan lagi, Armada Selangor senada Armada Malaysia dalam menuntut agar Senator P. Waytha Moorthy meminta maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam.

Disamping itu, Armada Selangor turut menuntut agar beliau meletakkan jawatan serta-merta kerana segala kredibiliti yang beliau ada sebelum ini sudah hilang dan ini memberi kesan buruk kepada Pakatan Harapan dalam pandangan rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu.