Malaysia Dateline

Armada sokong Mahathir sebagai PM , tolak kerjasama dengan Umno

Armada Bersatu Malaysia hari ini mengambil pendirian untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus kekal menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, atas dasar prinsip dan integriti, tidak mungkin Armada akan bersekongkol dengan pihak yang telah mencalarkan imeh bangsa Melayu.

“Tidak mungkin kami akan bersekongkol dengan mereka yang telah mencalarkan imej bangsa Melayu dengan merompak, dan mengkhianati amanat rakyat sewaktu ditampuk kuasa.

“Maka, Armada menyokong penuh pendirian Tun DrMahathir Mohammad yang menolak kerjasama Umno secara ‘en-bloc’ (kemasukan secara block) dibawah kepimpinan Zahid Hamidi bagi membentuk kerajaan baharu.

“Ini merupakan satu pengkhianatan kepada mandat rakyat dan prinsip perjuangan Bersatu,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lagi, Armada akan terus mempertahankan kebenaran dengan mengangkat suara rakyat sebagai suara keramat.

Pada Isnin Semalam, Dr Mahathir membuat satu keputusan mengejut dengan meletakkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri dan ebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkuat kuasa serta-merta.

Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim.