Pemuzik tanah air, Darkkey Nagaraja menimbulkan spekulasi di antara orang ramai selepas memuat naik gambar lengkap berpakaian sut di ‘istana’.
Penyanyi Sambarock itu juga mengaku telah menerima gelaran Datuk namun tidak berkongsi lanjut tentang gelaran yang diterimanya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua (peminat) yang percaya dengan perjalanan seni saya sejak dari mula,” tulisnya.
Gambar dalam hantaran yang dimuat naik di Facebook menunjukkan beliau berdiri di hadapan dua kerusi takhta dalam sebuah dewan.
“Dato Darkkey Nagaraja,” antara kapsyen yang ditulisnya di Facebook.
Rata-rata warganet bertanya sama ada beliau telah ditipu kerana tak mungkin istana akan kelihatan sebegitu.
“Darkkey, saya peminat anda tetapi selepas melihat perkongsian ini di Instagram, saya lihat background dan saya rasa kecewalah.
“Saya tak pasti ada orang scam awak atau tidak tetapi istana sebenar rupanya tidak begini. Kesan stapler pun elok-eloklah sedikit.
“Apa pun, all the best dan saya memang suka persembahan anda,” komen pengguna media sosial.
Buat pengguna Facebook, Ramesh Sugu, dia berharap ada aduan kepada pihak berkuasa dibuat kerana melihat keadaan sekeliling, mungkin ada unsur penipuan.
“Belakang ada pagar, pintu gelangsar, langsir murah, kerusi murah untuk Sultan Ha?! Kalau ini adalah gelaran palsu, tolong buat laporan polis,” ujarnya.
Berdasarkan semakan portal New Straits Times, tiada upacara anugerah gelaran berlangsung di Istana pada tarikh gambar tersebut di muat naik.
Sementara itu, Darkkey masih tidak membuat sebarang kenyataan terkini tentang kesahihan gelaran Datuk diterimanya.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio