Arul sahut cabaran debat, Tony diminta dapatkan kebenaran parlimen

Arul sahut cabaran debat, Tony diminta dapatkan kebenaran parlimen

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda menyahut cabaran debat yang dibuat oleh pemimpin DAP, Tony Phua berkaitan operasi 1MDB.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda menyahut cabaran debat yang dibuat oleh pemimpin DAP, Tony Phua berkaitan operasi 1MDB.

“Saya menerima cabaran debat ini, teruskan!, katanya dalam status facebook miliknya.

Menurut Arul, dengan merujuk tawaran debat yang dibuat oleh Tony, telah merendah-rendahkan pencapaiannya dan menggunakan bahasa yang berbolak balik.

“Beliau memanggil saya penipu.

“Sebelah pagi Khamis menyarankan saya meletakkan jawatan dari 1MDB.

“Kemudian menawarkan untuk berdebat dengan saya pula pada malam Khamis.” katanya.

Beliau menganggap perbuatan Tony seperti itu seperti mengelirukan diri sendiri.

“Beliau sendiri tidak pasti sama ada menyayangi atau membenci saya,”katanya.

Ironinya, kata beliau, ini adalah kemungknan kali pertama kita bakal menyaksikan seorang ‘hakim’ PAC dari pihak DAP yang ingin berdebat dengan seorang “defendan”, selepas prosiding telah selesai dan setelah laporan PAC yang kolektif dan tidak memihak dikeluarkan.

“Untuk mengelakkan dari dimalukan buat kali kedua, saya berharap agar Tony telah menyemak dengan speaker parlimen sebelum mencabar unntuk berdebat,” katanya.

Walaupun katanya di sepanjang berlangsung sidang PAC selama 2 hari telah begitu banyak soalan telah dikemukakan oleh Tony Phua, beliau masih mahu menghabiskan masa bekualiti bersamanya (untuk berdebat).

“Adalah tidak wajar untuk saya menolak keistimewaan yang ditawarkan oleh Tony ini.

“Maka, saya menerima cabaran debat ini,” katanya.

TAGS

COMMENTS