Arus deras di Sungai Golok, benteng projek PLSB pecah

Oleh MAISARAH AISYA

Hujan lebat beberapa hari ini menyebabkan banyak air sungai di kawasan tertentu meningkat secara mendadak.

Hal tersebut menyebabkan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kampung Lanchang pecah, akibat arus deras pagi semalam.

Memetik Harian Metro, Pemangku Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Marinamarican Abdullah berkata, benteng berkenaan pecah membabitkan kelebaran 20 meter.

“Kita mendapat maklumat benteng projek PLSB itu pecah pagi semalam akibat paras air Sungai Golok begitu tinggi.

“Benteng berkenaan hanya ketinggian kira-kira 10 meter (m), manakala air Sungai Golok semalam mencecah 11.03 m.

“Pada masa sama arus begitu deras yang menyebabkan benteng berdekatan Kampung Lanchang pecah.

“Setakat ini, kita hanya melihat benteng itu menerusi video yang tular dan pegawai belum dapat ke lokasi memandangkan arus masih deras,” katanya seperti dipetik Harian Metro

@malaysiatribune

Benteng Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kampung Lanchang, di sini, pecah akibat arus deras pagi semalam. Pemangku Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Marinamarican Abdullah, berkata benteng berkenaan pecah membabitkan kelebaran 20 meter. #malaysiatribune #banjir #banjirkelantan #fypmalaysia🇲🇾 #prayforkelantan

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune
Video dikongsikan pengguna media sosial mengenai keadaan di kawasan tersebut.

Sebelum ini media melaporkan paras air Sungai Golok berada pada paras tertinggi dalam tempoh sembilan tahun dengan bacaan 11.03 m.

Paras air Sungai Golok setakat ini paling tinggi pernah direkodkan ialah 10.84 m pada 2014.

Baca juga: MB, EXCO Terengganu tukar kereta lagi? Pemuda persoal rakyat dapat apa