AS lancar serangan udara di Libya sasarkan militan Daesh

AS lancar serangan udara di Libya sasarkan militan Daesh

Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara menyasarkan kumpulan Al-Qaeda di selatan Libya pada Rabu malam.

Serangan di bandar Ubari, kira-kira 900 kilometer selatan ibu negara itu diselaraskan oleh Kerajaan Perjanjian Negera (GNA) yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata jurucakap Presiden Fayez al-Sarraj, Mohamad al-Sallak

Katanya, ia menyasarkan beberapa anggota militan Al-Qaeda, namun enggan mengulas lanjut.

Libya dibelenggu keganasan susulan pertelingkahan antara pihak yang ingin menguasai pentadbiran semenjak penggulingan dan pembunuhan diktator, Moamer Kadhafi pada 2011.

GNA dibentuk berikutan perjanjian yang disokong PBB pada Disember 2015, namun ia terpaksa bertungkus lumus untuk menguasai seluruh Libya.

Tahun lepas pada Ogos seorang anggota Daesh yang menurut sumber bekas ketua militan tempatan dipercayai berjaya dihapuskan.

Tentera Amerika Syarikat sentiasa melakukan serangan udara di Libya terhadap Al-Qaeda dan kumpulan Negara Islam.

Pada Jun pula AS mendakwa telah membunuh empat Daesh berhampiran bandar utara Bani Walid.

Sementara itu, pada Mac lepas Pentagon mengesahkan seorang pembantunya Al-Qaeda dan satu lagi anggota militan terbunuh.

— BERNAMA-NNN-AGENCIES