AS minta Malaysia failkan tuduhan jenayah terhadap Najib

AS minta Malaysia failkan tuduhan jenayah terhadap Najib

Amerika Syarikat (AS) meminta Malaysia memfailkan tuduhan jenayah terhadap mana-mana pegawai Malaysia termasuk bekas Perdana Menteri Najib Razak.

Menurut laporan Reuters, pendakwaraya AS telah menimbangkangkan kemungkinan untuk mendakwa Najib atau rakan-rakannya, tetapi mereka mahukan Malaysia yang memfailkan tuduhan jenayah terhadap mana-mana pegawai Malaysia.

“Begitulah yang sepatutnya berlaku,” kata seorang pegawai penguatkuasa undang-undang AS, lapor Reuters.

Penyiasat AS mempertingkatkan siasatan mereka terhadap dana asing berkaitan 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) yang ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak dan saling bertukar bukti dengan pihak berkuasa Malaysia sejak Najib kalah dalam pilihan raya umum bulan lalu.

Sekurang-kurangnya enam negara, termasuk Malaysia, AS dan Switzerland sedang menyiasat dakwaan bahawa Najib dan rakan-rakannya memiliki sebahagian daripada $4.5 bilion yang didakwa dicuri daripada dana pelaburan negara, 1MDB.

Siasatan berhubung perkara tersebut dipertingkatkan selepas Najib tewas dalam pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Najib bagaimanapun menafikan terlibat dalam sebarang salah laku membabitkan 1MDB.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) AS yakin kerajaan baharu Malaysia lebih bersedia bekerjasama, sementara pihak berkuasa AS melihat secara aktif cuba menghalang siasatan.

Perdana Menteri Malaysia yang baharu, Mahathir Mohamad berkata, Malaysia juga sedang berusaha untuk menangkap Low Taek Jho, tokoh utama dalam skandal 1MDB itu.

9.7
OVERALL SCORE
: 9.0
2 user votes x 10.0