AS panggil balik semua kakitangan kedutaannya di Venezuela

AS panggil balik semua kakitangan kedutaannya di Venezuela

Amerika Syarikat (AS) akan memanggil pulang semua kakitangannya yang masih berada di kedutaan AS di Caracas, Venezuela, kata Setiausaha Negara, Mike Pompeo lapor agensi berita Xinhua.

Pengumuman itu dibuat dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Negara pada Isnin malam.

“Keputusan terbabit dibuat susulan situasi di Venezuela yang tidak semakin tidak stabil,” kata diplomat AS itu.

AS mengiktiraf pemimpin pembangkang Venezuela, Juan Guaido yang mengisytiharkan dirinya sebagai presiden sementara pada 23 Januari lalu, selepas Maduro mengangkat sumpah secara rasmi menjadi presiden untuk penggal kedua.

Justeru itu, Maduro mengumumkan negaranya memutuskan hubungan diplomatik dan politik dengan AS.

— BERNAMA