Malaysia Dateline

AS tamatkan latihan tentera dengan Korea Selatan

Alasan menamatkan latihan tahunan ketenteraan Amerika Syarikat (AS)-Korea Selatan bertujuan menjimatkan kos, kata Presiden Donald Trump pada Ahad lapor agensi berita Anadolu.

“Sebab saya tidak mahu latihan tentera dengan Korea Selatan adalah untuk menjimatkan ratusan juta dolar yang mana kami tidak dibayar balik,” katanya.

“Itu pendirian saya sejak sebelum menjadi Presiden.”

“Pada masa ini adalah masa untuk mengurangkan ketegangan dengan Korea Utara,” kata Trump menerusi twitternya.

Keputusan itu dibuat pada Sabtu selepas sidang kemuncak kedua antara presiden AS dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un di Hanoi, Vietnam, berakhir tanpa sebarang kata sepakat.

Latihan ketenteraan besar-besaran dikenali “Key Solution and Foal Eagle”, diadakan di Semenanjung Korea setiap tahun dari Mac hingga April.

Foal Eagle diadakan sejak 2011 manakala Key Resolve bermula 1976.– BERNAMA