Malaysia Dateline

‘Asal bertemu urat, daging bertemu jasad, bangkitlah!’ – Filem musuh yang nyata bagi manusia ini lahir sebelum Covid-19

“Asal bertemu urat, daging bertemu jasad, bangkitlah!”. Dialog dalam filem yang menjalani penggambaran sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia ini bakal menghantui pawagam bermula 20 Oktober nanti.

Talbis Iblis yang penuh dengan inti pati dan elemen seram ini sebenarnya telah mengisi slot tayangan perdana global pada Far East Film Festival (FEFF) Ke-24 di Udine, Itali pada April lepas.

Menonton trailer filem di bawah arahan Kabir Bhatia ini saja yang dikongsikan di YouTube sejak semalam sudah cukup buat kita meremang seram.

Filem ini bahkan sudah menempa sejarah tersendiri apabila turut ditayangkan di Bucheon International Fantastic Film Festival di Korea Selatan.

Filem ini mengambil judul sama kitab klasik yang menjadi rujukan ramai karangan Imam Ibnu Jauzi berkaitan tipu daya iblis dan syaitan kepada umat manusia.

Memilih Pulau Carey, Selangor sebagai lokasi penggambaran, Talbis Iblis mengisahkan Hajar, lakonan Azira Shafinaz, yang terpaksa melarikan diri dari Kuala Lumpur selepas hamil luar nikah dan tinggal bersama seorang bidan, Mak Ju.

Watak bidan lakonan Nasha Aziz itu tanpa disangka disebalik kecantikan yang dimilikinya tersimpan agenda tersendiri yang mengerikan!

Turut membintangi filem hebat ini Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir, Sherie Merlis dan ramai lagi.

Talbis Iblis diterbitkan dengan kerjasama empat syarikat penerbitan iaitu Astro Shaw, A Next Star Productions, MM2 Entertainment dan Chain FX.

“Subjek dipaparkan berkisar permainan syaitan yang tak pernah berhenti dalam kehidupan,” kata
Penerbit Eksekutif Infinitus Gold yang menghasilkan filem Talbis Iblis iaitu Gayatri Su-Lin Pillai.

Baca juga ‘Ambo kayuh solo wat peloh’ – Apa amalan pesara polis ini hingga masih sihat bertenaga?

Baca juga Urus pesakit terlantar bukan mudah, ini tiga filem mengenai cabaran ‘care-giver’ wajib tonton