Malaysia Dateline

Asas perpaduan ke arah pengukuhan ekonomi negara

Merdekanya Negara kita telah pun melebihi 60 tahun. Satu angka yang cukup membuktikan kemampuan Negara  dipimpin dengan sendirinya tanpa campurtangan kuasa asing.

Namun soalnya disini, adakah minda kita juga telah dimerdekakan sedang ia menjurus ketahap kematangan yang semakin terhakis?

Apakah peradaban kita juga telah dimerdekakan sedang dalam sebuah Negara yang berbilang kaum bebas mengamalkan agama masing masing namun masih ada yang meminta lebih dan tidak pernah mencukupi?

Adakah budaya yang diadaptasi bertahun lamanya juga telah dimerdekakan sehingga kita alpa terhadap usaha untuk terus mengukuhkan perpaduan sesama kita yang sekian lama hidup dalam sebuah Negara yang berbilang bangsa, budaya, agama, dan kepercayaannya?

Sekali lagi saya terpanggil untuk menyentuh tentang seorang wira yang dipermangsa akibat perbuatan manusia yang hanya mahu memenuhi kepentingan peribadi, keutamaan wang ringgit lantas mempergunakan agama dan intitusinya hingga mencetuskan isu perkauman lantas tragedi tidak lagi mampu dielakkan.

Nyawa seorang Wira Negara Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim diragut ketika beliau menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan keatasnya.

Lenyap seketika rasa kemanusiaan, nafsu mendahului segalanya, hasutan demi hasutan disulam kedalam minda membuahkan kebencian maka pembentakan secara fizikal dipertontonkan sehingga meragut nyawa seorang anak lelaki kepada sebuah keluarga dan yang memilukan lagi beliau sepatutnya mendirikan rumahtangga dalam beberapa hari saja lagi.

Bayangkan jika tubuh yang terbujur kaku di ICU ketika itu adalah ahli keluarga kita, apatah lagi jika yang terbujur itu pasangan kita. Apa agaknya perasaan yang berbaur di dalam diri.

Seingat saya, Negara kita tidak pernah melabelkan mana mana kaum dan tidak pernah sekali mempraktikkan diskriminasi kaum.

Negara kita bukan Myammar yang sedang rancak menjalankan penghapusan etnik dan pembunuhan beramai ramai terhadap etnik Rohingya yang beragama Islam dari si-tua hinggakan bayi yang dilahirkan dan dibakar hidup hidup dengan kejamnya sedang pemenang nobelnya hanya berdiam diri memerhati walau jelas kedengaran di dada dada media akan teriakan suara anak anak kecil yang tidak berdosa mengerang kesakitan ketika nyawa mereka dilayang layang.

Negara kita tidak pernah mengamalkan diskriminasi agama dan kepercayaan yang dianuti segenap rakyatnya.

Sebaliknya Negara kita mengamalkan sistem Demokrasi Raja Berperlembagaan yang adil dan saksama terhadap segenap lapisan Rakyatnya. Jadi bagaimana isu perkauman boleh timbul akhir akhir ini?

Raja Raja dan kepimpinan Negara kita tidak pernah menindas mereka yang bukan Islam baik Hinduism, Buddhism, Sikhism mahupun Christianism.

Mempertahankan hak menurut hukum Islam itu wajib, namun pernahkah kita mendengar bangsa ataupun agama lain ditindas sampai tak makan, tak minum, tak boleh berniaga dan sebagainya???

Bangsa lain selain Melayu juga ramai yang kaya raya, yang menjadi Menteri telahpun terbukti hari ini yang menjadi Ketua sesebuah organisasi Kerajaan terutamanya dan yang mendapat keistimewaan dalam pelbagai sektor perniagaan, pendidikan dan juga macam macam lagi. Jadi bilakah diskriminasi kaum dipraktikkan Negara kita?

Bak kata Menteri, kaumnya di diskriminasi di Malaysia. Untuk pemudah bicara saya katakan disini jika kaumnnya ditindas mana mungkin terdapat sebarisan Menteri Menteri dari kaum dan agama yang dimaksudkan ataupun yang sewaktu dengannya dilantik dan diberi peluang memimpin didalam sebuah Negara yang mana Agama rasminya adalah Agama Islam dan yang mana majoriti penduduknya adalah dari rumpun Melayu.

Bukan sahaja selepas Kerajaan Pakatan Harapan berjaya mendirikan Kerajaan tetapi sejak awwal lagi dan sejak sebelum Merdeka lagi.Jadi mana diskriminasinya? Diberi jawatan Menteri Perpaduan lagi. Masih tak cukup ke untuk membuktikan tiada diskriminasi?

Dilantik sebagai Menteri untuk menyatu padukan semua kaum, bangsa dan Agama di Negara yang mempunyai 31 juta penduduk. Sukarkah untuk difahami?

Saya kira remaja kini pun mampu faham situasi yang berlaku pada hari ini. Inikan pula pemimpin!

Dan ingin saya tekankan disini akan kekuatan seorang pemimpin, untung baiknya dan juga bahayanya.

Apabila terdapat pemimpin yang mula membuat kenyataan peribadi, memberi pandangan peribadinya terhadap sesuatu perkara, kita harus ingat bahawa setiap pemimpin itu ada pengikutnya dan apabila pemimpin tersebut mula mencurahkan pandangan peribadinya terhadap sesuatu perkara contohnya dalam isu perkauman yang baru baru ini berlaku, jika positif kenyataannya maka ianya akan membawa kepada kesepakatan. Namun jika kenyataannya bebaur negatif maka ianya akan membawa kepada hasutan maka timbul  segala bentuk pembentakan.

Itu kekuatan seseorang pemimpin. Mampu menyelamatkan dan juga mampu menghancurkan.

Akar umbi mendengar dari pemimpin, dan jika salah penyaluran maklumat maka kita semua bakal melihat pepecahan yang lebih kronik lagi dikalangan rakyat berbilang bangsa di Negara kita.

Jadi apakah yang mampu kita lakukan bagi memastikan pepecahan diantara kaum tidak berlaku?

Dengan terjadinya semua insiden insiden berasaskan perkauman baru baru ini, siapakah diantara kita yang mampu ataupun dipertanggungjawabkan dalam menangangi isu perkauman di Negara kita dari terus menyulami minda Rakyat.

Siapakah diantara kita yang mampu menyemarakkan perpaduan di Negara kita? Siapakah yang mampu dan berkebolehan memahamkan nilai nilai polisi perpaduan dalam Negara?Siapakah yang harus terlibat untuk terhasilnya perpaduan yang mana menjadi elemen utama kepada pengukuhan Ekonomi Negara?

Imam Al Ghazzali r.a pernah menggungkapkan: “Tidak pernah aku berhadapan dengan apa apa yang lebih sukar dari jiwa aku sendiri, yang mana ketikanya membantu ku namun ketikanya menentang ku”

Jawapannya ada didalam ungkapan tersebut. Kita sendiri. Ibarat kita bertarung perasaan dengan diri kita sendiri iaitu untuk memilih Ya mahupun Tidak.

Kita semua dari segenap lapisan masyaraka dari setinggi tingginya jawatan kepimpinan Perdana Menteri hingga ke semua Rakyat dari segenap lapisan umur, agama, bangsa dan kaum.

Pecahannya mudah saja dari sekecil kecilnya peniaga kepada semasyhur masyhurnya.Dari pemandu teksi kepada sebesar trelar. Dari artis tambahan kepada yang tersohor. Semuanya memainkan peranan terutamanya anak anak yang kian meningkat remaja.

Jangan kita fikir anak anak kecil tidak mampu mengundang pepecahan dan hasutan. Contoh terdekat dalam demonstrasi jalanan yang telah dilakukan di Negara kita sendiri.Anak anak kecil juga turut diheret menyertainya dan apakah yang kita banggakan dengan mengheret anak anak kejalanan?

Apakah jawapan yang kita berikan pada mereka bila timbulnya soalan?

“Mak kenapa Mak?”

“Alaah ini nak jatuhkan Kerajaan”
“Alaah ini nak naikkan Kerajaan”

Dengan apa alasan sekalipun, anak anak tidak patut diheret bersama menjadi sebahagian dari pendemonstrasi jalanan. Apabila dihimpit elemen sedemikian didalam diri anak anak kecil, maka kepimpinan itu ditauladani. Ini mungkin ada yang terlepas pandang.

Satu lagi contoh terbaru adalah cucu yang berusia 9 tahun, yang mana videonya tular di dada dada media mengugut orang ramai kerana Atuknya ditangkap SPRM.

Anak seusia 9 tahun mampu menyatakan hasrat menjadikan hidup orang ramai merana dan menyesal. Adakah ini kepimpinan melalui tauladan?!!!

Ada diantara kita mengeluh akan ketidaksopanan anak anak remaja alaf ini namun adakalanya kita terlepas pandang, bahawa cara dan tindakanlah yang mentabiatkan diri mereka.

Siapa lagi yang mampu menghasilkan perpaduan? Ya,kita semua. Namun asasnya dari mana? Dari pucuk pimpinan tertinggi hinggalah ke akar umbi. Dari Menteri, ke Adun, ke Ahli Parlimen, ke Ketua Bahagian, Ketua Cawangan, Ketua Kampung yang membawa kepada maksud Ketua Ketua Masyarakat.

Itulah pentingnya asas kita bertindak seperti saya sebutkan tadi, dari jawatan Perdana Menteri itu sendiri hingga ke Rakyat biasa untuk sentiasa mempunyai kesedaran dan keprihatinan dalam menjalinankan perpaduan.

Bukan pemimpin yang mana menghasut masyarakat sewaktu berada diatas pentas.

“alaaah ini melayu tak betul…itu india tak pakai akal…ini cina tak suka tolong”

Ini semua penambah perisa pepecahan dan kebencian diantara kaum. Kita ada pemimpin pemimpin yang sejak dahulu lagi mewakili berlainan kaum, bangsa dan agama. Dan setiap mereka ini adalah asas kepada pengukukan perpaduan dalam Negara dan ianya tidak sukar untuk difahami.

Setiap pergerakan, setiap individu menyumbang kepada kesan terhadap perpaduan dalam sesebuah Negara.

Saya tidak mahu menyentuh tentang keadaan perpaduan luar Negara. Boleh jika kita mahu cukuplah sekadar di-ambil sebagai ikhtibar atas keburukannya mahupun kebaikkannya.

Namun saya hanya ingin menyentuh tentang perpaduan didalam Negara kita sendiri kerana ini jauh lebih penting dari mempersoalkan cara, adat dan budaya kita sendiri. Jauh bezanya berbanding mereka.

Malaysia baru! Laungan yang dilaungkan serata Negara selepas mengecapi kemenangan yang bersejarah pada PRU 14 yang lalu. Tahniahlah semua pejuang. Kita menang!!! Moto kita dalam kerajaan Pakatan Harapan.

Namun mana mungkin kita capai Malaysia baru andaikata perpaduan diantara kaum pun masih gagal kita terapkan kepentingannya.

Dan Malaysia baru tidak-kan tercapai kiranya Ekonomi Negara merudum akibat dari masalah perpaduan dalam Negara. Ini perkara yang tidak boleh dipandang remeh sebaliknya perlu diberi perhatian yang serius.

Perpaduan membentuk dan memberi kesan terhadap pembangunan Ekonomi Negara. Ini fakta yang perlu kita persetujui.

Ya benar, ekonomi memang ada skalanya yang tersendiri namun harus diingat bahawa sumbangan perpaduan terhadap perkembangan Ekonomi Negara adalah salah satu elemen yang wajib ada.

Dan apakah kesan perpaduan terhadap pergerakan Ekonomi?

Negara luar melihat perkembangan Malaysia setiap masa. Dan kiranya Negara kita mengalami masalah perpaduan kaum, mana mungkin pelabur asing mahupun yang dalam Negara menyumbang kearah pembangunan Ekomoni Negara.

Mana mungkin akan adanya peluang peluang pekerjaan seperti yang dijanjikan. Dan mana mungkin seorang Ayah yang beranak pinak hidup susah tidak berkesudahan mampu menghidangkan makanan diatas meja bagi mengisi perut keluarganya.

Pemimpin pemimpin harus saling ingat meningatkan, bahawa sesebuah Negara itu di-isi dengan Rakyat yang berkeluarga.

Kesan ekonomi

Dan kiranya Ekonomi Negara semakin merudum akibat dari kesan perpaduan maka usaha Kerajaan kearah Negara maju akan menjadi sia sia, Rakyat akan kembali tertindas, dan apakah kepuasan yang kita telah perolehi dalam menjatuhkan Kerajaan Kleptokrasi membawa sebarang makna pada kita semua?

Ingin saya tekankan disini wahai sahabat handai, rakan pucuk pimpinan biarlah tragedi 13 Mei 1969 itu menjadi tragedi yang pertama dan yang terakhir di Negara kita.

Tragedi yang bersejarah mana mungkin dilupakan segenap lapisan masyarakat. Pedihnya hingga masih ada yang mampu meleretkan suasana hiba ketika itu.

Besarnya kesan dari tragedi berdarah itu sehinggakan seluruh tubuh terasa dingin dan menggigil ketakutan hanya dengan membayangkan situasi ketika itu.

Rukun Negara lahirnya dari rentetan tragedi 13 Mei dan yang mana diadakan bagi menanam benih benih kearah perpaduan menjadikannya sebagai satu landasan dalam kehidupan sebagai Rakyat Malaysia dan mengingatkan Rakyatnya agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan sesama kita yang kian lama hidup dalam harmoni, aman, damai dan tenteram dikalangan berbilang kaum, bangsa dan Agama.

Saya kira tragedi 13 Mei 1969 cukup memberi ikhtibar.

Izinkan saya membacakan ungkapan seorang sahabat: “Tidak dinafikan berpesan pesan dengan keimanan dan berpesan pesan dengan kesabaran merupakan tanggungjawab sesama Islam.Namun…dalam sedar mahupun tidak…ramai yang melaksanakan keaiaban wa’ima kepada yang ditegur…yang menegur…mahupun terhadap Islam itu sendiri…terutamanya dimata pemahaman yang bukan Islam. Kepada yang terlibat…berjinaklah kamu terhadap usul…”

Kulit saya mungkin berbeza warnanya, rambut saya mungkin tak sama alunannya tetapi sebagai seorang yang berAgama Islam saya percaya akan ketentuan Allah swt dan saya yakin Islam adalah satu satunya Agama yang prihatin dalam menyatu padukan diantara satu sama lain.

Sebagai Muslim, saya dengan rendah diri memohon agar kita semua berdiri teguh, bersatu padu dan membuat yang terbaik bagi memperkukuhkan lagi perpaduan di dalam Negara kita yang tercinta.

Akhirat esok setiap pemimpin pasti dihitung. In Shaa Allah jika kita telah melakukan yang terbaik, maka mampulah kita menjawab pertanyaanNya.

*Penulis adalah  Exco Armada Nasional merangkap Ketua Bahagian Segambut Bersatu.