ASEAN tolak daripada menjadi tempat pembuangan sampah global

ASEAN tolak daripada menjadi tempat pembuangan sampah global

Blok ASEAN, yang terdiri daripada10 anggota, mengulangi kesediaan untuk bekerja dengan komuniti antarabangsa bagi mempertingkatkan kerjasama untuk menghentikan trafik haram pergerakan merentas sempadan bahan kimia dan sisa berbahaya, sejajar dengan persetujuan rangka kerja antarabangsa.

Dalam kenyataan bersama, para menteri luar ASEAN menyatakan kebimbangan mereka mengenai ancaman dan kesan buruk yang kian bertambah kepada kesihatan manusia dan alam sekitar akibat peningkatan haram pergerakan merentas sempadan bahan kimia dan sisa lain ke rantau ini.

“Kami menolak pergerakan merentas sempadan bahan sisa ke rantau ini secara haram, dan menekankan bahawa semua negara hendaklah mengambil langkah perlu bagi memastikan pengurusan alam sekitar bagi sisa kimia dan berbahaya dalam bidang kuasa masing-masing.

“Ia juga bagi memastikan perlindungan bagi kesihatan manusia dan alam sekitar, dan meningkatkan kerjasama dengan bidang kuasa yang lain termasuk menerusi pertukaran maklumat yang berkenaan dan kapasiti bangunan,” katanya.

Kenyataan itu dengan tajuk “Illegal Trans-boundary Movement of Hazardous Waste and Other Wastes in Southeast Asia” disiarkan sempena dengan Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN dan Persidangan Selepas Mesyuarat Menteri dan Mesyuarat Yang Berkenaan kali ke-52 (AMM/PMC 52) di sini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas negara anggota ASEAN menerima banyak kontena mengandungi sisa, beberapa toksik dalam beberapa bulan yang lepas.

Menteri-menteri Luar itu berkata, terdapat keperluan untuk menggalakkan rantau Asia Tenggara bebas daripada pergerakan merentas sempadan secara haram bagi sisa termasuk sisa berbahaya dan sisa lain.

Beberapa negara ASEAN menjadi negara kaya tempat longgokan sampah termasuk Malaysia, Filipina, Kemboja dan Indonesia.

Pada Mei, Malaysia mengumumkan bahawa ia akan menghantar semula 3,000 tan metrik sisa plastik ke negara asal.

Pada Jun, kerajaan Filipina berkata ia akan mengupah syarikat perkapalan swasta untuk menghantar 69 kontena sampah pulang ke Kanada dan meninggalkkannya dalam kawasan perairannya jika ia enggan menerimanya kembali.

Kemboja berkata, ia akan menghantar pulang 1,600 tan metrik sisa plastik haram yang dikesan dalam kontena kapal.

Pada akhir Julai, Indonesia memulangkan semula tujuh kontena berisi sisa haram yang diimport ke Perancis dan Hong Kong dari pelabuhan Pulau Batam.

— BERNAMA