Aset ketenteraan, teknologi maritim dan aeroangkasa bersepadu di Lima’19 pada Mac tahun depan

Aset ketenteraan, teknologi maritim dan aeroangkasa bersepadu di Lima’19 pada Mac tahun depan

Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (Lima’19) akan menjadi titik rujukan bagi kerajaan untuk membangun dan memodenkan keperluan ketenteraan aeroangkasa dan maritim.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dalam ucapannya, berkata aset dan teknologi terkini akan dipertontonkan di Lima’19 akan menyumbang ke arah meningkatkan kerjasama antara pertahanan tempatan dan antarabangsa.

“Dengan menyertai pameran ini, kita dapat mengukur sejauh mana pembangunan dan pemodenan sistem ketenteraan negara, termasuk keperluan pertahanan ruang angkasa serta maritim.

“Kuasa udara serta maritim menjadi keutamaan pertahanan kita dan pameran Lima sejak diadakan  sebagai hab pertahanan adalah paling sesuai untuk kita mencari cara terbaik ke arah itu.

“Lima’19 pasti akan menjadi satu perkara yang menarik, saya menyeru semua pemain industri untuk menyertainya,” katanya pada pelancaran Lima’19 Wisma Perwira, Kuala Lunpur, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan Senator Liew Chin Tong dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin,Timbalan Setiausaha Polisi Kementerian Pertahanan Datuk Junaidah Kamaruddin dan  Setiausaha Kementerian Pengangkutan Dr G Periasamy .

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif EN Project Sdn Bhd Leftenan Jen (B) Datuk Seri Sabri Adam pula berkata, kira-kira 600 syarikat dari 14 pavilion di seluruh negara dan 350 delegasi asing dijangka menyertai pameran itu.

“Dijangka lebih daripada 100 pesawat dan 30 aset maritim akan dipamer dan setakat Ogos tahun ini, sejumlah 60 peratus ruang lantai telah ditempah oleh syarikat tempatan dan antarabangsa,” katanya yang mengharapkan lebih banyak syarikat akan turut menyertai Lima’19 kali ini.

Pameran aerospace selama lima hari akan diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, manakala Resort World Langkawi akan menjadi tuan rumah pada pameran maritim.

Pameran Lima diadakan sejak tahun 1991, menyediakan platform industri maritim dan aeroangkasa dengan unik untuk menyediakan
peluang dan melebarluaskan rangkaian dan perniagaan sebagai pintu masuk ke pasaran dinamik di Asia Pasifik.

Berkesempatan bertemu dengan pemain industri dalam dan luar negara mereka melahirkan rasa keterujaan untuk menghadiri Lima’19 kali ini.

Apa kata peserta Lima’19

Datuk Mohd Zambri Muda

Sebuah syarikat tempatan Zetro Aerospace Corporation Sdn Bhd adalah salah satu pemain utama dalam bidang aeroangkasa Malaysia sebagai penyedia teknologi di bidang ‘ground electronics dan Avionics’ sebagai kontraktor penyelenggaraan kepada Kementerian Pertahanan.

Pengarah Urusannya Datuk Mohd Zambri Muda berkata syarikatnya telah menyertai Lima sejak 1991. Beliau berkata, program diadakan lebih kurang sama dan mengharapkan setiap kali penganjuran Lima diadakan setiap dua tahun sekali itu akan ada teknologi baru dipamerkan.

“Kami menawarkan khidmat penyelenggaraan khusus pada radar dan avionics untuk kapal terbang TUDM,” ujarnya.

Ada delegasi negara yang menghantar pasukan maritim dan aeroangkasa daripada negara yang baharu pertama kali menyertainya dan beberapa kali sebelum ini.

Kapten Quan Mareno

Antaranya  Attache Pertahanan Kapten Quan Mareno dari Spain, pertama kali mewakili negaranya pada Lima’19 berkata, pameran bertaraf antarabangsa ini, adalah kali keempat penyertaan bagi negaranya dalam acara yang dianjurkan setiap dua tahun ini.

“Dalam industri pertahanan maritim dan udara terlalu banyak peralatan yang sofistikated dicipta seluruh dunia.

“Amat penting semua negara mengetahui keperluan peralatan ketenteraan udara dan maritim mereka setiap masa untuk memastikan tidak ketinggalan dari segi teknologi terkini dalam pertahanan negara,” ujarnya selepas berakhir pelancaran Lima’19 hari ini, oleh menteri pertahanan.

Beliau yang tidak pernah datang ke Langkwai memberitahu baharu sahaja pulang daripada menyertai sebuah pameran maritim dan ketenteraan di Amerika Syarikat, berkata negaranya, akan mempamerkan teknologi yang dihasilkan oleh syarikat tempatan dalam pertahanan maritim yang digunapakai pada sebuah kapal pengangkut pesawat tempur pada Lima’19 ini nanti.

Kapten Lee

Attache Pertahanan Korea Komander Lee berkata, pengunjung sangat perlu didedahkan dengan teknologi kententeraan yang sentiasa melalui evolusi kejuruteraan.

“Pameran diadakan ini untuk memberi pendedahan kepada pengunjung dan pasukan kententeraan martim dan udara berkaitan dengan evolusi industri perkapalan, pesawat dan perlataan ketenteraan dan sebagainya,” ujarnya.

Ditanya mengenai tema Lima’19 tahun ini “Jaringan Kecerdasan Pertahanan dan Perdagangan Komersil’, beliau berkata, kemajuan industri pertahanan negara perlu berhubung antara satu sama lain.

Ini bagi memastikan perkembangan teknologi pertahanan sentiasa dapat dipertingkatkan dan diaplikasikan dalam benteng pertahanan sesebuah negara.

Bahkan beliau sendiri berkata negara-negara di Asia masih lagi tidak mempunyai kekuatan peralatanketenteraan jika mahu dibandingkan dengan negara Barat dan Eropah seperti Amerika Syarikat dan Rusia.

“Industri ketenteraan kini telah memasuki fasa ‘hitech technology’.Banyak syarikat pembangunan teknologi persenjataan dan kejuruteraan keselamatan membina kekuatan ketenteraan mereka sendiri,” ujarnya yang mengambil contoh negaranya Korea.

Namun beliau tidak menafikan Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun juga mempunyai persenjataan yang boleh dianggap sebagai terkini dan moden.

“Pameran sebegini mempamerkan industri pertahanaan dari pelbagai negara. Apabila kita bercakap mengenai revolusi kejuruteraan ia merangkumi ‘hightech’ teknologi yang memerlukan gabungan pengetahuaan awam, penyertaan penuh pasukan kententeraan laut,udara dan darat untuk berkongsi pembangunaan teknologi tersebut,” ujarnya.

Beliau berkata sukar untuk mengukur negara mana yang mempunyai teknologi paling terkehadapan.

Tambahnya lagi, terdapat beberapa syarikat dari Asia mengadakan kolaborasi dengan syarikat pengeluar dari negara-negara maju
dalam usaha meningkatkan kejuruteraan pertahanan di negara mereka.

“Mereka mengadakan kepelbagaian kerjasama untuk meningkatkan teknologi ketenteraan laut, udara dan darat negara mereka. Ia suatu usaha yang baik dan boleh diteruskan jika sebuah negara itu berkemampuan untuk melakukannya (kolaborasi),” ujarnya.

 Leftenan Komander Louis Barrackein

Attache Pertahanan Leftenan Komander Louis Barrackein dari Sweden yang baharu pertama kali tiba ke Malaysia untuk mewakili
negaranya pada Lima’19 berkata, negaranya akan mempamerkan industri pertahanan Sweden dan bersedia untuk menawarkan pertukaran teknologi kepada negara peserta pada penyertaan kali ini.

“Mungkin Malaysia boleh mengenalpasti untuk mendapatkan peralatan atau teknologi terbaik dalam industri ketenteraan ini,”ujarnya.

Ditanya sama ada beliau pernah mengetahui mengenai kemampuan Malaysia dalam pertahanan, beliau berkata, dalam tempoh
seminggu berada di negara ini, beliau telah banyak diberikan pendedahan mengenainya.

“Selama seminggu berada di sini saya diberikan pendedahan mengenai kapasiti kententeraan Malaysia. Saya dapati Malaysia mempunyai kapasiti yang terbaik buat masa ini.

“Saya berpendapat lebih banyak kerjasama dengan pihak awam dan kententeraan untuk mendapatkan kesan yang lebih baik secara total.

“Ia bukan sahaja berkaitan dengan peralatan kententeraan tetapi lebih daripada memberikan pendedahan umum kepada rakyat negara
ini dan pengunjung dari luar negara untuk saling mengenali kekuatan pertahanaan negara-negara yang menyertai pameran diadakan ini dalam pelbagai keupayaan teknologi kejuruteraan
peralatan ketenteraan,” ujarnya.

Lima’19, yang bertemakan “Jaringan Kecerdasan Pertahanan dan Perdagangan Komersil’ itu akan diadakan pada 26 hingga 30 Mac tahun depan di Langkawi.

Kali ini Lima’19 akan menyasarkan 60 peratus penyertaan dari sektor pertahanan dan 40 peratus sektor komersil.

Pada Lima’17 lalu, telah berjaya menarik sebanyak 555 pempamer dan 371 delegasi dari 49 negara serta turut menarik kehadiran 40,000 pelawat perniagaan serta 200,000 pengunjung awam.

 

 

 

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote