Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Asmuni mulakan saman terhadap Ketua Penerangan Pas Perak

Asmuni mulakan saman terhadap Ketua Penerangan Pas Perak

Oleh MALAYSIA DATELINEFebruary 21, 2020 3:58 pm




Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Asmuni Awi hari ini dilaporkan telah memulakan proses saman fitnah terhadap Ketua Penerangan Pas Perak, Mohd Hafez Sabri.

Dalam laman sosial hari ini, satu surat telah ditularkan dipercayai berkait dengan hasrat Pengerusi AMANAH Perak itu menyaman Mohd Hafez.

Surat tersebut menamakan Datuk Asmuni Awi sebagai plaintif manakala Mohd Hafez Bin Sabri selaku defendan, lapor portal Perak Insights petang ini.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang (Kanun) AMANAH Perak, Mohd Fitri dalam satu sidang media telah memberi tempoh tujuh hari untuk Mohd Hafez memohon maaf namun difahamkan Mohd Hafez tidak berbuat demikian.

Tindakan tersebut katanya berikutan satu kenyataan fitnah yang dilakukan oleh pemimpin Pas itu kepada Asmuni melalui laman Facebooknya.

Kenyataan Hafez Sabri bertajuk “Pemimpin DAP Perak bawa tarian naga riuh bergendang di surau, mana tindakan exco agama dari PAN Perak?” pada 4 Februari lalu didakwa berbaur fitnah.

14 Februari lalu, Pas Perak bersedia untuk berdepan tindakan saman yang akan dibuat Peguam Biro Kanun Amanah Perak, Mohd Fitri Asmuni berhubung isu tersebut.

Pengerusi Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) Pas Pusat, Wan Rohimi Wan Daud berkata malah tuntutan supaya Hafez menarik balik kenyataan dan permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari juga tidak akan dibuat.

“Pendirian Pas perak ialah tidak akan ada isu permohonan maaf secara terbuka dibuat ke atas Asmuni.

“Seterusnya, tidak akan ada tindakan menarik balik posting dan tidak akan ada apa-apa tindakan lain sebagaimana yang dituntut peguam Datuk Asmuni,” katanya dalam satu sidang media di Pejabat Perhubungan Pas Perak baru-baru ini.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Tun Salleh Abas meninggal dunia

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

“Yang mana mau ikut, Menteri Kanan atau Menteri Wilayah”

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production