Aspek kebajikan, perumahan, pendidikan anak warga ATM diutamakan

Aspek kebajikan, perumahan, pendidikan anak warga ATM diutamakan

Memperkasakan kebajikan anggota tentera dan bekas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadi keutamaan Menteri Pertahanan Malaysia Mohamad Sabu sebaik dilantik menggalas tanggungjawab sebagai anggota kabinet.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui, pada Majlis Sambutan Aidilfitri Bersama Warga ATM di Markas Tektikal Pos Tok O di Rantau Panjang, usaha itu sejajar dengan proses pemulihan ekonomi yang sedang diusahakan Kerajaan Pakatan Harapan ketika ini.

“Berpandukan kepada penelitian yang dibuat saya mendapati kebanyakan perajurit bersara pada umur 41 tahun, umur sebegini sebenarnya masih awal untuk memegang pencen kerana mereka masih mempunyai tenaga untuk bekerja ,” katanya kepada Bernama.

Turut hadir Panglima 2 Divisyen, Mej Jen Datuk Ramli Jaafar dan Pemangku Panglima Briged Kelapan Infantri Kol Noorul Azril Ariffin.

Aspek kebajikan akan diketengahkan beliau dan kementeriannya merangkumi perumahan dan pendidikan anak-anak warga ATM.

“Kami juga akan memberikan tumpuan kepada latihan untuk anggota ATM yang akan menamatkan perkhidmatan supaya mereka mudah mendapat pekerjaan baharu selepas bersara.

“Sebab itulah kita akan terus berusaha untuk tingkatkan aspek kebajikan mereka dan sekiranya ekonomi pulih, saya akan mohon peruntukan tambahan daripada kerajaan untuk membela anggota serta bekas tentera,” katanya.

Katanya aspek kenaikkan pangkat dan gaji juga akan turut diberikan keutamaan oleh beliau supaya kebajikan warga ATM lebih terbela.

Mengenai tugas pasukan tentera yang mengawal keselamatan sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan termasuk beberapa pos tentera yang dilawatinya di Rantau Panjang, Mohamad berkata beliau berpuas hati dengan peranan mereka.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote