Malaysia Dateline

Asumsi pihak luar

Meskipun saya terasa sangat kepentingan dan keperluan menguasai pelbagai bahasa – selain bahasa melayu- seperti bahasa Inggeris misalnya – jika menjadi seorang pemimpin dalam kerajaan atas keperluan hubungan antarabangsa khususnya, namun, to be fair, saya tidak rasakan kegagalan menguasainya adalah satu masalah.

Di pentas antarabangsa, seseorang pemimpin yang misalnya tidak begitu mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris boleh sahaja menggunakan penterjemah sebagai pengantara dan ianya, to be fair, bukan suatu masalah besar.

Menggunakan penterjemah tidak ada masalah cuma bermasalah sedikit jika penterjemah itu sendiri kadangkala tidak begitu faham misalnya rakan sejawat menteri di luar negara guna kata-kata seperti, “my friend, stop pulling a shaggy” ..”i think he or she is a real gutton for punishment”!..

Yang mungkin bermasalah juga adalah tahap penguasaan seseorang menteri itu kepada sesuatu isu apalagi “regional and international issues”.

Rakan sejawat anda di luar negara mungkin akan dapat menilai kemampuan anda hanya setelah beberapa minit dia berkomunikasi dengan anda.

Orang putih habaq “first impression counts”.

Suka atau tidak suka, jika anda dilihat orang agama atau mewakili parti berorientasi agama, paling kurang, depa assume anda fasih berbahasa Arab atau really menguasai pelbagai isu tertentu.

Saya tidak boleh bayangkan jika depa “are bombarded” dengan isu pendirian parti depa tentang isu taliban misalnya.

Sekadar contoh, rakan sejawat mereka tanya, “Bapak menteri, tolong terangkan kepada saya macam mana saya boleh yakinkan para pelabur di negara saya untuk melabur di negara anda, jika parti anda di dalam Gomen pun sokong Taliban?”

Takkan nak jawab “depa Taliban dah berubah tuan!”

Ehem, jika tentera siber depa jawab macam tu tak pe lah.

Dont worry, be happy!