Asyik beli sambal paru dekat kedai? Rupanya senang je buat, tahan lama pula tu!

Oleh MAISARAH AISYA

Kalau makan dekat medan selera mesti semua perasan ada sahaja sambal paru dekat setiap gerai yang jual makanan berlauk.

Rasanya pula sedap, beli makan dengan nasi tanpa lauk lain boleh buat kenyang sampai ke petang.

Ini resipi sambal paru yang dikongsi oleh pengguna Facebook, Auni Page.

Resipi sambal paru

Bahan-bahan:

  • 1/2kg paru lembu
  • Air secukupnya
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • 4 biji bwg putih
  • 1 biji bwg besar
  • Segenggam lada kering
  • 1 inci belacan
  • 1 btg serai
  • 4 sb gula
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa (pekat2)
  • 1/2 sk serbuk perasa

Cara penyediaan:

  1. Rebus paru dengan air hingga empuk
  2. Dah empuk hiris nipis-nipis dan perasakan dengan garam serta kunyit.
  3. Goreng keperangan.
  4. Kisar halus bawang putih, bawang besar, lada kering, belacan bakar dengan air.
  5. Tumbuk sebatang serai masuk kuali dan masukkan bahan kisar tumis sampai pecah minyak.
  6. Masukkan gula pasir, gula nisan, air asam jawa, serbuk perasa dan garam
  7. Masak hingga sambal kering.
  8. Sambal dah siap boleh masukkn paru goreng gaul sebati.

Selamat mencuba!

Baca juga: Baru kena dengan tekak Melayu! Ini resipi ‘spaghetti masak lemak cili api udang’