Asyik main permainan video, anak marah bapa rampas telefon

Oleh KIM SYAZIE

Berang telefon pintarnya dirampas, seorang kanak-kanak lelaki sanggup mengugut bapa sendiri dengan sebilah parang.

Difahamkan, bapa pelajar sekolah rendah itu merampas telefon milik anaknya kerana terlalu asyik bermain permainan video.

Menerusi laporan media China, kejadian itu berlaku pada minggu lalu di wilayah autonomi negara itu, Guangxi.

Niat untuk menghalang anaknya daripada ketagihan, kanak-kanak itu malah bertindak di luar jangkaan.

Menerusi rakaman berdurasi 13 saat itu, kanak-kanak itu dilihat menghalakan parang ke arah bapanya yang sudah berusia.

Sambil menjerit ‘pulangkan semula kepada saya’, bapa itu dilihat berjaya mengelak setiap hayunan anaknya itu.

Mujur, bapanya mampu menghalang dan mengumpul kekuatan untuk merampas senjata itu dari tangan anaknya.

Menurut saksi yang merupakan perakam video, bapa itu sering mengikuti kemahuan anaknya sebelum ini.

Mungkin menyesal dengan tindakannya, bapa itu mengambil keputusan untuk bertindak tegas bagi mendidik anaknya.

Intihanya, ibu bapa perlu bijak mendidik anak-anak agar tidak terlalu manja sehingga marah sekiranya kemahuan mereka tidak dipenuhi.

Baca juga: Terus cari ‘roadblock’ lepas cabut sticker roadtax, lelaki dipuji JPJ jadi orang pertama guna aplikasi