Malaysia Dateline

Asyik meratib hidup miskin? Ini teguran Pak Teh buat B40 supaya kaya di akhirat

Ramai daripada mereka dalam kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) asyik meratib tidak cukup wang dan hidup miskin.

Namun, ada satu hal penting yang mungkin terlepas pandang oleh golongan B40 yang selalu mengeluh hidup susah.

Ada yang mahu kaya cepat hingga terjebak dalam jenayah tetapi temu janji dengan Pencipta mahu lambat-lambat.

Apapun, jangan miskin di akhirat. Dunia ini sementara sahaja, akhirat juga yang selama-lamanya.

Kediaman usang dihuni sebuah keluarga di Kampung Banggoi Jenerih menggambarkan kadar kemiskinan yang kritikal di daerah Sik.
Biar dunia hidup miskin, tapi sembahyanglah untuk kaya di akhirat.

Ikuti tulisan yang menggelarkan dirinya Pak Teh yang merupakan teguran kepada B40 agar tidak terus-menerus miskin di akhirat sana:

Dalam banyak-banyak jenis orang B40, Pak Teh paling benci dengan orang B40 yang malas mbahyang!

Kau dah tau kau tu miskin di dunia, janganlah kau miskin dekat akhirat sekali. Kau beramallah banyak-banyak. Mulut tu guna untuk zikir. Bukan asyik meratib miskin tiada duit. Memang itulah jadi hidup kau.

Ini kau miskin lepas tu menyombong dengan Allah pulak tu! Macam manalah rezeki kau nak murah?

Pak Teh tahu dekat setiap tempat kerja mesti akan ada punya satu ruang kecil untuk orang Muslim solat. Lepas tu kau boleh gilir-gilir ambil giliran untuk sembahyang.

Kau jangan bagi alasan tiada masa nak sembaahyang. Jangan kau nak menipu Pak Teh.

Nak rezeki murah, jaga hubungan kau dengan Sang Pemberi Rezeki. Rapat dengan alim ulamak. Bukan berlagak sombong.

Dekat dunia hidup susah. Takkan dekat akhirat pun nak hidup susah?

Baca juga Rumah flat tapi selera teres, ‘ini kayangan B40 tuan-tuan’

Baca juga Tak mahu anak terleka dengan duniawi, Suhaimi anggap sijil akademik bukan sasaran hidup