Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Yassin memaklumkan kepada media bahawa pendakwaannya adalah satu bentuk pemangsaan politik terancang.
Justeru, dakwaan tersebut juga telah dijawab oleh Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun hanya menasihatkan Ahli Parlimen Pagoh itu untuk tumpu kepada kes mahkamah sahaja.
“Apa lagi dia nak kata, bagi saya dia tumpukan kepada kes mahkamah sajalah.
“Jawab di mahkamah, pertuduhan pun sudah dikeluarkan,” katanya kepada media.
Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan semalam menegaskan bahawa keputusan untuk mengenakan pertuduhan terhadap mana-mana orang adalah berdasarkan keterangan dan fakta.
Pertuduhan tersebut juga adalah hasil daripada penyiasatan, dan bukan atas desakan mana-mana pihak atau faktor lain.
Baca juga: Siasatan Jana Wibawa, SPRM akhirnya dedah apa yang berlaku