Perbezaan pendapat antara Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki dengan Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan berhubung pengeluaran wang KWSP menerusi i-Citra dilihat perkara kecil sahaja tanpa ada apa-apa ketegangan mengenainya.
Sebaliknya, jika difahami makrifah politik perbezaan itu adalah pertelagahan besar Umno dalam proses perebutan kuasa yang sedang berlaku kini.
Asyraf yang memperjuangkan agar KWSP membenarkan pencarum mengeluarkan RM10,000 seperti mana dicadangkan MKT Umno untuk membantu keperluan hidup mereka, menyifatkan kenyataan Shahril itu sebagai pendapat peribadi bukan keputusan parti.
Shahril dalam satu kenyataanya menyatakan tidak setuju dengan cadangan MKT itu kerana kerajaan sudah mengeluarkan peruntukan untuk mangsa banjir sehingga RM61,000.
Asyraf dengan sedikit berlunak melihat kenyataan Shahril itu atas kedudukannya sebagai penasihat ekonomi Perdana Menteri.
Boleh disimpulkan kedua-dua pendapat itu ada kebenarannya dan hujah masing-masing, tetapi kedua-duanya bertindak atas kepentingan berbeza.
Asyraf lebih membela rakyat, manakala Shahril lebih membela Ismail Sabri sebagai bosnya. Perbezaan itu menggambarkan farak kehidupan berpolitik.