Malaysia Dateline

Asyraf Wajdi sahkan tidak pertahan jawatan Ketua Pemuda UMNO

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti akan datang.

Perkara itu dinyatakannya di hadapan lebih 1,000 perwakilan pada sesi penggulungan Persidangan Pemuda UMNO di sini. 

Beliau berkata keputusan itu diambil sebagai tanggungjawabnya berikutan kekalahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) khususnya membabitkan saluran muda pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), November tahun lepas.

“Saya minta maaf atas kegagalan saya dalam memimpin anda semua…saya dah cuba yang terbaik untuk kita bangkit kembali dan saya telah letak jiwa dan raga saya kepada Pemuda UMNO selama lima tahun.

“Saya tidak akan pertahankan jawatan Ketua Pemuda dan saya ambil tanggungjawab ini untuk pastikan bahtera kita kembali kuat dan dinakhodai orang baharu yang mempunyai idea segar,” katanya.

— BERNAMA

Baca juga : Hannah daki 18 tingkat Menara KBS bawah enam minit