Malaysia Dateline

Athirah akan pastikan wanita menganggotai Jawatankuasa Pemandu MoU

Wanita Pakatan Harapan akan memastikan keanggotaan wanita di dalam Jawatankuasa Pemandu Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Persekutuan dengan PH dan menambah pelaksanaan agenda teras berkaitan wanita sebagai intipati utama MoU.

Ketuanya Aiman Athirah berkata ini merupakan tumpuan utamanya khususnya terhadap beberapa perkara dalam konteks pengukuhan peranan organisasi wanita.

Katanya yang juga Ketua Angkatan Wanita AMANAH Nasional (AWAN), ini sebagai nafas baharu dalam perjuangan reformasi politik tanahair melalui pembudayaan politik nilai, politik mendidik dan politik khidmat

“Sekaligus agenda ini akan membebaskan Malaysia daripada politik khianat, politik adu domba, politik fitnah serta politik propaganda,” katanya.

Bagaimanapun, beliau percaya dengan kerjasama padu YB Puan Chong Eng dan YB Puan Hjh Fuziah Salleh atas kepimpinan dan sokongan mereka, dan ini adalah manifestasi komitmen Wanita Pakatan Harapan memperkasa semangat kepimpinan wanita untuk semua.

Selain itu, beliau akan menyusun dan memperkasakan struktur organisasi dan fungsi Majlis Pimpinan Wanita Pakatan Harapan di semua peringkat dengan semangat hormat dan kerjasama ikhlas yang erat

Dan katanya akan memastikan jentera pilihan raya Wanita PH di semua peringkat siap siaga, bermotivasi dan dapat menkonsolidasi kekuatan sekaligus menggembleng kebangkitan bagi memenangi PRU15.

“Memberi fokus kepada penyediaan Dokumen Agenda Wanita Impian Malaysia sebagai satu Tawaran Pakatan Harapan Untuk Wanita Malaysia dalam PRU15.

“Memperkukuh peranan wanita dalam politik bernegara melalui usaha strategik memposisikan representasi wanita sebagai Calon PRU15 PH secara lebih menyeluruh sama da di kontituensi Parlimen mahupun Dun di seluruh negara,” katanya.

Justeru, beliau berharap kepercayaan Majlis Presiden PH ini akan menjadi penguat semangat untuknya khususnya dan Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) amnya untuk terus gigih berbakti, seterusnya mendepani cabaran baharu politik Malaysia demi rakyat dan negara.