Atlet luncur angin Israel: Pemuda Amanah sokong sekatan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pemuda Amanah menyambut baik sokongan dan solidariti terhadap rakyat Palestin yang dizalimi oleh kerajaan Israel secara berterusan dengan cara yang tidak bertamadun itu, apabila sekatan dikenakan terhadap dua peserta luncur angin dari Israel oleh Menteri Kementerian Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Selain mengambil kira faktor hubungan diplomatik Malaysia-Israel, sekatan yang dilakukan ini perlu sebagai tanda protes terhadap Israel dan ia perlu diterjemahkan di setiap perkara bukan hanya sukan semata-mata.

Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, kerajaan harus konsisten dalam memastikan tidak berlaku sebarang hubungan dengan Israel seperti yang berlaku sebelum ini membabitkan firma perunding Israel, APCO Wolrdwide dalam memberi khidmat rundingan terhadap kerajaan Malaysia.

“Dalam masa sama kami juga melahirkan rasa kecewa atas kenyataan Ketua Biro Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin yang menyelar tindakan Khairy, kononnya menteri itu menggunakan sentimen politik dan perubadi dalam acara sukan antara bangsa itu,” ujarnya.

Fakhrulrazi juga menjawat Ketua Pemuda Amanah Perak berkata,DAP sebagai gabungan Pakatan Harapan, Amanah berhak untuk menegur DAP dalam hal ini kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Kami sangat mengharapkan agar DAP lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan pandangan khususnya melibatkan sensitiviti umat islam dan hukum hakam agama Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

TAGS