Salah seorang bintang paling popular di Sukan Olimpik Paris 2024 diusir keluar perkampungan rasmi atlet selepas didakwa cuba menyelinap keluar dari perkampungan atlet semata-mata mahu ke Disneyland.
Perenang itu, Luana Alonso yang mewakili Paraguay, menamatkan kempen Sukan Olimpik selepas gagal melepasi peringkat saringan 100 meter kuak kupu-kupu.
Luana dilaporkan menjadi atlet kedua yang dihantar pulang sebelum tamat temasya selepas didakwa menghabiskan malam di Paris dan pergi ke Disneyland daripada menyokong rakan senegaranya.
Luana juga telah dituduh mengalih perhatian pesaing lain dengan bergaul dengan pasukan lain dan memakai pakaian ‘minima’ di sekitar kampung, bukannya berpakaian seragam rasmi yang disediakan oleh ketua pasukan Paraguay.
Presiden Jawatankuasa Olimpik Paraguay, Larissa Schaerer, mengesahkan Luana telah diarah keluar dari perkampungan atlet.
“Kehadirannya mewujudkan suasana yang tidak sesuai dalam pasukan Paraguay.
“Kami berterima kasih kepadanya kerana mengikut seperti yang diarahkan, kerana atas kehendaknya sendiri untuk tidak bermalam di perkampungan atlet,” jelasnya.
Bagaimanapun Luana yang baru berusia 20 tahun kemudiannya mengumumkan persaraan mengejut dari sukan itu di Instagram miliknya.
Dia sangat popular dengan mempunyai lebih 500 ribu pengikut.
“Berenang: terima kasih kerana membenarkan saya bermimpi, anda mengajar saya untuk berjuang, mencuba, ketabahan, pengorbanan, disiplin dan banyak lagi,” tulis Luana.
“Saya memberikan sebahagian daripada hidup saya kepada anda dan saya tidak akan menukarkannya dengan apa-apa di dunia kerana saya sudah melalui pengalaman terbaik dalam hidup saya, anda memberikan saya ribuan kegembiraan, kawan-kawan dari negara lain yang akan saya bawa selamanya dalam hati saya, peluang yang unik.
“Ini bukan selamat tinggal, akan berjumpa anda tidak lama lagi.” Katanya lagi.
Baca juga: Baru tahu ada cara ‘express’ buat donat guna 2 bahan, tak perlu diuli pun menjadi!