Malaysia Dateline

ATM nafi gambar tular anggota adakan bantahan hina nabi

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan penularan gambar yang memaparkan tindakan sekumpulan anggota tentera memegang kain rentang “Jangan Menghina Nabi Kami”.

Pihak ATM menegaskan bahawa gambar yang tersebar di media sosial tersebut telah dimanipulasi dan dipalsukan.

“ATM menggesa semua pihak agar tidak lagi menyebarkan gambar tersebut bagi mengelakkan salah faham di kalangan masyarakat umum.

“Pihak ATM akan menjalankan siasatan dan akan mengambil tindakan bersesuaian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pihak tertentu juga dinasihatkan supaya tidak menjadikan ATM sebagai bahan propaganda negatif bagi memenuhi kepentingan pribadi mahupun kumpulan tertentu.