Malaysia Dateline

ATM rampas ketum disyaki cuba diseludup

Batalion ke-16 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) merampas 48 kilogram (kg) daun ketum bernilai lebih RM4,300 di Batu Sempadan 34 di sini, pagi tadi.

Panglima 6 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Abdul Aziz Ismail berkata, rampasan dilakukan kira-kira 3 pagi setelah pasukan rondaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu terserempak dengan dua orang awam yang menunggang dua motosikal menuju ke sempadan sambil membawa guni putih dalam keadaan mencurigakan.

“Menyedari kehadiran pasukan keselamatan mereka memecut laju hingga dua guni putih berisi daun ketum terjatuh dan ditinggalkan sebelum mereka memecut laju meninggalkan kawasan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semua daun ketum tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap untuk tindakan lanjut.

— BERNAMA