Aung San Suu Kyi enggan beri garis masa proses bawa pulang pelarian di Bangladesh

Aung San Suu Kyi enggan beri garis masa proses bawa pulang pelarian di Bangladesh

Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi mempertahankan tindakan kerajaannya di wilayah Rakhine yang mengakibatkan lebih 700,000 majoriti penduduk Islam Rohingya terpaksa melarikan diri sebagai pelarian ke Bangladesh.

Bercakap dalam satu ceramah di Singapura mengenai pencapaian beliau selepas dua tahun berkuasa, Aung San Suu Kyi enggan mengiktiraf keganasan yang dilakukan oleh tentera Myanmar bahkan sebaliknya beliau berkata adalah wajar bagi kerajaannya menekan masyarakat Islam di negara itu.

Berhubung isu membawa pulang pelarian Rohingya yang kini berada di Bangladesh beliau berkata, adalah sukar untuk menentukan bila waktu yang sesuai untuk membawa mereka pulang dan sekali gus beliau mempersalahkan Bangladesh atas kelewatan tersebut.

“Adalah sukar bagi kami untuk membuatkan garis waktu untuk itu bersendirian kerana kami terpaksa bekerjasama dengan Bangladesh untuk menjayakannya,” kata beliau menurut laporan AFP.

Kerajaan Myanmar telah menandatangai beberapa perjanjian berhubung persiapan untuk membawa pulang pelarian Rohingya tetapi agensi PBB menuduhnya sengaja melambat-lambatkan proses.

Kumpulan hak asasi manusia pula bimbang mengenai jaminan keselamatan pelarian Rohingya ini.

PBB yang dihalang memasuki Rakhine sejak Ogos 2017 bimbang pelarian tidak diberi kebebasan selepas dibawa pulang.

CATEGORIES