Aura Nik Aziz dalam Dr Zulkifli Al-Bakri

Aura Nik Aziz dalam Dr Zulkifli Al-Bakri
Hanipa serta keluarga bersama Mufti Wilayah Persekutuan... Saya terasa kehadiran Nik Aziz.

“Setiap kali bersama beliau terasa macam bersama Almarhum Tok Guru Nik Aziz.”

Itulah yang dirasai oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Mohamed Hanipa Maiden apabila bersama dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad A-Bakri.

Luahan itu dikeluarkan Hanipa ketika bersama dengan Dr Zulkifli apabila beliau hadir di majlis rumah terbuka Aidil Fitri Parlimen Sepang Peringkat Mukim Labu yang merangkumi Kampung Giching, Kampung Labu Lanjut dan Kampung Salak Tinggi.

Hanipa berpelukan dengan Dr Zulkifli di majlis Aidil Fitri di kawasan beliau.

Dr. Zulkifli hadir ke majlis itu dan turut memberikan ucapan kepada para hadirin.

Tok Guru Nik Aziz adalah bekas Mursyidul Am Pas yang juga bekas Menteri Besar Kelantan.

Beliau meninggal pada 12 Februari 2012 akibat kanser prostat yang dihidapinya.

Ketika Nik Aziz menjadi MB dan Mursyidul Am Pas, perpaduan dalam Pas amat mantap dan menerima sokongan pelbagai pihak di negara ini.

Selepas perginya Nik Aziz, Pas berpecah kepada dua membentuk Parti Amanah Negara (Amanah) yang kemudiannya berjaya membentuk kerajaan bersama PKR, Bersatu dan DAP.

Pas pula, dari bertembung dengan Umno, bekerjasama dengan Umno atas alasan demi perpaduan Melayu dan Islam serta sesama parti pembangkang.

Bagaimanapun, Pas kini berjaya memerintah Terengganu selepas menguasai Kelantan sejak 1990 di bawah Nik Aziz.