Australia lulus ektradisi Sirul Azhar, lapor media asing

Australia lulus ektradisi Sirul Azhar, lapor media asing

Pihak berkuasa Australia dipercayai telah meluluskan permintaan dari Malaysia untuk mengekstradisi bekas Unit Tindak Khas (UTK), Sirul Azhar Umar yang disabitkan dengan pembunuhan berprofil tinggi wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 20 Oktober 2006.

Menurut The Guardian yang dipetik dari sumber diperoleh mengatakan, pihak berkuasa Australia telah meluluskan permintaan dari Malaysia untuk mengekstradisi Sirul yang dikaitkan dakwaan terbabit dalam pembunuhan bekas model Mongolia, Altantuya Shariibu.

Menteri Imigresen Australia, Peter Dutton, telah dihubungi untuk memberi komen tetapi tidak memberi respons mengenainya.
Pejabat yang bertanggung jawab untuk ekstradisi, mengeluarkan pernyataan yang mengatakan “kerajaan Australia tidak memberi komentar secara umum mengenai perkara ekstradisi itu”.

Jurucakap kedutaan Malaysia pula berkata “ia diklasifikasikan maklumat (sumber) dan mereka tidak boleh mengulas mengenainya.”

Kerajaan Malaysia baru-baru ini mengadakan perbincangan dengan kerajaan Australia untuk meminta Sirul dibawa balik ke Malaysia.

Sirul melarikan diri ke Australia pada tahun 2014 semasa diikat jamin ketika rayuan terhadap sabitannya. Dia dicari interpol dan ditahan di Queensland kerana menetap dengan visa pelancongnya. Dia telah ditahan di pusat tahanan Villawood di Sydney sejak itu.

 

 

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote