Cuaca panas dijangka berterusan hingga hujung Mac ini
Fenomena cuaca panas yang melanda bahagian barat negara dan negeri Sabah dijangka berterusan hingga hujung Mac ini. Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata cuaca panas yang berlaku ketika ini adalah fenomena biasa yang melanda negara berikutan penghujung monsun timur laut. “Lazimnya, ketika fasa akhir monsun timur laut ini, memang akan berlaku kenaikan suhu ekoran kekurangan hujan yang mana suhu yang dicatatkan sekarang adalah 34 hingga 36 darjah Celcius berbanding suhu biasa 32 hingga 34 darjah Celcius. “Negeri di bahagian utara iaitu Perlis, Kedah dan di bahagian utara Perak mencatatkan suhu sehingga 37 …
Cuaca panas dijangka berterusan hingga hujung Mac ini Read More »