“Awak asal Kelantan?” – Lelaki pelik wanita jadikan negeri sebagai alasan tak mahu berkawan

Oleh MAISARAH AISYA

Entah mengapa masih ramai yang membezakan orang berdasarkan negeri mereka dilahirkan seolah-olah tempat itu yang memupuk peribadi seseorang.

Pelik mengapa ramai ditolak ajakan berkenalan, pemuda dari Kelantan mempersoal apakah sebab utama wanita tidak mahu berkawan dengan mereka.

Menurut Kosmo, ada hantaran dimuat naik beberapa pengguna Facebook, masing-masing berasa hairan dengan tindakan segelintir wanita yang dilihat seperti ‘anti-budak kelantan’.

“Kenapa ramai wanita tak suka budak kelantan?, baru aku nak ajak berkawan, dengan belagak dia kata, ‘maaf saya tak minat lelaki Kelantan’, apa salah kami?,” kata Syafiq.

Sementara itu, Mohd. Khairul juga berkongsi beberapa alasan yang sering diberikan oleh golongan wanita ketika cuba menjauhkan diri daripada kaum lelaki asal Pantai Timur itu.

“Awak asal Kelantan? maaf la, saya dah ada teman lelaki; saya tak faham bahasa awak, pelik sangat bunyinya; lelaki kelantan ramai ‘buaya’,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata pengguna lelaki yang sememangnya anak jati negeri Tok Janggut itu mengakui mereka sering dipinggirkan oleh kebanyakkan wanita disebabkan dialek dan status negeri.

“Bila kami sembang dengan kawan-kawan Kelantan, mereka (wanita negeri lain) kata kami berpuak.

“Bila kami nak kenal dan ajak berkawan, mereka tak nak dan tak suka pula, wanita memang pelik,” komen Syahmie.

Kadangkala ada lebih baik jika seseorang itu dikenali tanpa mengira negeri mereka dilahirkan, kerana didikan ibu bapa yang membentuk peribadi bukan hanya kawasan persekitaran.

Baca juga: Makin popular di Malaysia, ini 5 kelebihan kereta elektrik yang belum anda ketahui