Malaysia Dateline

‘Awak tu kerajaan bukan AJK keceriaan kelas’

Soalan dari wartawan kepada Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali mudah sahaja:

“Kalau pelanggan wajib dua dos untuk makan di premis (dine-in), macam mana kita nak pastikan pelayan/operator itu juga lengkap dua dos?”

Timbalan Menteri punya jawapan suruh kita pula tanya pelayan atau pekedai sama ada mereka lengkap dua dos. Minta ditunjuk MySejahtera mereka.

Apa punya jawapanlah, sampai wartawan direct sebut ‘seriuslah datuk’.

Dia boleh jawab, ‘Ya, betul’ penuh yakin.

Jadi, timbul persoalan baru:

Adakah selepas ini kalau ada pelanggan nak masuk kedai, nak kepastian dua dos vaksin, apa staf kedai kena pakat beratur tunjuk MySejahtera pulak ke?

Awak tu kerajaan bukan AJK keceriaan kelas, maka bagilah jawapan yang menyakinkan, comforting sikit.

Tak mintak banyak pun.

Setakat jawab, “Kami akan buat pemantauan”, “Kedai yang nak buka dine-in wajib semua staf lengkap vaksin atau dikompaun”, pun sudah ok sebenarnya.

Takkanlah benda mudah macam ini, level gaji RM50,000 tak boleh fikir? Lekehlah kalau ini saja standardnya.