Awan bantu AMANAH Gua Musang lebih menyerlah

Awan bantu AMANAH Gua Musang lebih menyerlah

Pergerakan wanita AMANAH (Awan) di Gua Musang jelas menyerlah dan menjadikan parti itu lebih bertenaga di Gua Musang.

Ketua AMANAH kawasan itu, Fauzi Muhamad berkata meskipun organisasi rasmi sayap wanita kawasan belum berdaftar secara rasmi, namun pelbagai aktiviti parti telah digerakkan ahli wanita.

“Dengan kemunculan aktivis dari kalangan wanita jelas parti kita semakin menyerlah di kawasan ini,” katanya ketika merasmikan majlis pembentukan jawatankuasa penaja Awan kawasan Gua Musang sehari sebelum Aidiladha lalu.

Menurutnya meskipun masih bergerak melalui biro-biro AMANAH kawasan, ahli-ahli wanita telah menyertai begitu banyak aktiviti dalam perkara penerangan, kebajikan dan kempen keahlian.

“Program ziarah dan kebajikan telah menjadikan parti mula dikenali ramai.

“Dalam tempoh terdekat kita bakal menubuhkan 11 lagi cawangan di mana sebahagian daripadanya hasil inisiatif anggota Awan,” katanya.

Sementara itu, Mimi Hafizah Muhamad yang dilantik sebagai Ketua Penaja Awan Gua Musang yakin potensi AMANAH amat cemerlang.

“Di kawasan ini rakyat memerlukan sebuah parti yang boleh diharap untuk menjaga kebajikan mereka.

“Dengan jatuhnya Umno, parti AMANAH amat sesuai untuk menjadikan penghubung dengan pemerintah negara,” katanya.

Turut hadir di majlis itu adalah Ketua Wanita Pakatan Harapan negeri, Norashidah Jaafar Dan Ketua AWAN Kelantan, Normala Mohd Nadzar.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote