Awan Johor cadang perkahwinan bajet dalam manifesto PH

Awan Johor cadang perkahwinan bajet dalam manifesto PH

Angkatan Wanita Amanah Nasional (Awan) Negeri Johor mencadangkan di dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) Johor untuk membincangkan soal perkahwinan bajet bagi mengelakkan zina yang berlaku di kalangan anak muda agar tidak terus berleluasa.

Menurut ketuanya, Norhayati Bachok berkata, langkah ini adalah sebagai suatu penyelesaian yang mana mengikut beliau, kadar statistik perlakuan zina yang berlaku di kalangan anak muda berpunca dari kepayahan untuk mendirikan rumah tangga kerana melibatkan kos yang tinggi.

“Pihak Awan akan memperhalusi idea ini dan akan mencadangkan perkara tersebut ke peringkat PH negeri Johor untuk mereka bawa dalam tawaran PH sekiranya PH dapat memerintah negeri Johor ini.

“Dalam penilaian yang dibuat, pihak Awan mendapati kadar perlakuan zina berpunca dari faktor seperti keterbatasan wang untuk berkahwin maka langkah yang diambil adalah dengan melakukan zina sebagai memenuhi keinginan nafsu ingin berkahwin tersebut.

“Di Selangor terutamanya, kerajaan di sana telah menjalankan pelbagai cara untuk memudahkan perkahwinan seperti skim bantuan perkahwinan yang yang diperkenalkan untuk mereka yang mahu mendirikan rumah tangga buat kali pertama.

“Selain itu, majlis perkahwinan secara beramai-ramai adalah suatu tradisi yang baik dan patut diperluaskan serta diteruskan. Namun hakikatnya hari ini kita lihat ia seperti bermusim dan ia tidak lagi diendahkan,” ujarnya ketika ditanya Malaysia Dateline.

Selain itu, Norhayati juga menerangkan soal peri pentingnya yang sepatutnya diberikan kepada orang awam berkenaan dengan cara memudahkan perkahwinan agar perkara yang tidak diingini oleh pasangan tersebut tidak berlaku.

“Orang awam teutamanya orang Islam perlu diberikan penerangan secara menyeluruh berkenaan dengan peri pentingnya untuk memudahkan perkahwinan agar perkara yang tidak diingini tidak berlaku di kalangan masyarakat kita.

“Soal-soal yang membabitkan anak tidak sah taraf, pembuangan bayi serta pelacuran di kalangan masyarakat kita tidak patut dibiarkan kerana ia akan menyebabkan tamadun pada masa akan datang hancur kerana masalah yang berlaku ini,” tegas beliau lagi.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote