Awan Johor sambut baik cadangan kahwin kelompok dilaksana

Awan Johor sambut baik cadangan kahwin kelompok dilaksana

Norhayati Bachok

Angkatan Wanita Amanah (Awan) Negeri Johor menyambut baik cadangan yang dibawa oleh Exco Hal Ehwal Agama dan Pendidikan, Aminolhuda Hassan berkenaan dengan kahwin kelompok di negeri itu.

Sebelum ini cadangan tersebut dilontarkan sebagai menepati janji manifesto Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihanraya Umum ke14 (PRU14).

Ketuanya Norhayati Bachok,berkata, cadangan untuk melaksanakan perkahwinan kelompok serta memudahkan perkahwinan ini adalah suatu cadangan yang realistik dan mengurangkan bebanan.

“Melalui tinjauan yang dibuat, kebanyakkan anak muda hari ini mengeluh berkenaan kos perkahwinan yang tinggi dan ini adalah suatu langkah yang baik.

“Rata-rata mereka dalam kes pergaulan bebas dan zina berlaku berpunca dari kepayahan mereka untuk berkahwin. Kos yang membebankan antara faktor yang mendatangkan keinginan pasangan anak muda mengambil langkah singkat yakni berzina dan sebagainya,” tegas beliau.

Selain itu Norhayati turut memuji tindakan proaktif kerajaan negeri melalui exco hal ehwal agama yang memikir untuk mempermudahkan urusan perkahwinan bagi anak muda.

“Tindakan ini sesuai dengan konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ yang dibawa Parti Amanah Negara (AMANAH) selama ini dan ia harus dipuji.

“Selain itu, saya terharu dengan tindakan pejabat exco agama yang mahu memansuhkan kos berkaitan kursus kahwin serta memberi pendidikan percuma kepada bakal pengantin.

“Inisiatif ini juga menggalakkan langkah berjimat cermat di kalangan pasangan yang ingin berkahwin tanpa pembaziran dengan melaksanakan majlis individu yang mungkin membebankan pasangan yang ingin berkahwin,” katanya ketika dihubungi.

Pihak Awan Negeri Johor juga menyarankan agar rakyat di negeri ini menyambut baik cadangan kerajaan negeri untuk mempermudahkan perkahwinan di kalangan umat Islam yang mahu berkahwin buat kali pertama.

Baca: Perkahwinan kelompok akan dilaksana, kata Exco

CATEGORIES