Malaysia Dateline

AWAN Kelantan tuntut kerajaan lanjutkan moratarium peminjam AIM

Konvensyen Angkatan Wanita Amanah Kelantan (AWAN) 2021 yang berlangsung semalam menuntut agar kerajaan melanjutkan tempoh moratorium peminjam Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang terdiri daripada B50 sehingga tamat pandemik Covid19.

Ketua AWAN Kelantan Dr Hafidzah Mustakim berkata tuntutan ini sejajar dengan MOU Pakatan Harapan dan kerajaan Persekutuan bertujuan memberi ruang secukupnya kepada mereka membangun semula aktiviti ekonomi yang terjejas.

Selain itu, katanya, Kementerian Pembangungan Wanita, Keluarga & Masyarakat digesa mengambil tindakan menyediakan program sokongan kepada peminjam AIM.

Majis Perasmian konvensyen berlangsung secara online di aplikasi Zoom itu telah disempurnakan Ketua AWAN Nasional Senator Aiman Athirah Al Jundi dan turut dihadiri Pengerusi AMANAH Negeri Kelantan Ustaz Muhammad Hussin

Konvensyen AWAN Kelantan 2021 menumpukan Persiapan Jentera Amanah dan Pakatan Harapan dalam menghadapi Pilihanraya akan datang dan memunculkan kemenangan di Negeri Kelantan.

Konvensyen ini juga sebulat suara menerima usul ekonomi membela nasib Ibu Tunggal dan Wanita B50 yang menjadi peminjam Amanah Ikhtiar Malaysia.

“Usul ini akan memberi manfaat kepada 56 ribu peminjam di Kelantan dan lebih 300 ribu di seluruh negara,” kata beliau.