Malaysia Dateline

AWAN Kluang diamanah agih barangan majlis perkahwinan yang dibatalkan

Mengambil cakna dan akur dengan arahan kerajaan, sebuah keluarga membatalkan majlis perkahwinan anak sulungnya berikutan penularan Covid-19, yang sepatutnya berlangsung pada 4 April di Taman Anggerik, Kluang.

Meskipun keluarga tersebut bukanlah dari golongan yang senang namun mereka telah membuat keputusan mengagihkan untuk barangan berupa tepung dan air kotak kepada golongan yang lebih memerlukan.

Sehubungan itu, AWAN Kluang yang telah diamanahkan untuk mengagihkan barangan tersebut telah menyerahkannya kepada 60 keluarga golongan B40 di kawasan tersebut yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.

“Melihat jernih airmuka dan sinar kebahagiaan di mata penerima sumbangan cukup menghilangkan penat lelah sukarelawan Awan Kluang dalam bergerak melaksanakan amanah tersebut,” kata AWAN Keluang melalui Facebooknya.

Katanya lagi, sikap keluarga berkenaan amatlah murni dan perlu diteladani dan semoga Allah SWT mengganjari usaha ini dengan sebaik-baik ganjaran.