Malaysia Dateline

AWAN Nasional saji peraduan menarik kepada pelayar internet sepanjang Ramadan

Pelayar media sosial kini boleh memanfaatkan masa terluang dengan menyertai aktiviti berfaedah secara dalam talian, anjuran Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional.

Menurut Ketua AWAN Nasional, Senator Aiman Athirah Al Jundi, pihaknya menyediakan tiga peraduan menarik yang boleh disertai oleh warga maya.

“Tiga program itu adalah pertama, Kuiz Harian Online Semarak Ramadan bersama AWAN yang terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

“Kedua, Pertandingan Resensi (Ulasan) Buku dengan tema ‘Buku Ramadan Saya’ juga terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

“Yang ketiga pula ialah Pertandingan Bercerita Kanak-Kanak (terbuka kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia 7 hingga 12 tahun,” maklum beliau menerusi satu kenyataan.

Selain pertandingan yang dianjurkan, Aiman Athirah berkata, pelbagai hadiah menarik turut menanti para pemenang peraduan tersebut.

“Ayuh bersama AWAN, kita semarakkan Ramadan dengan aktiviti yang bermanfaat, menambah ilmu dan memenangi hadiah yang disediakan,” katanya.

Pelayar media sosial yang ingin menyertai peraduan boleh melayari Facebook AWAN Nasional atau terus ke pautan seperti yang tertera:

Kuiz Harian Online, sila ke pautan https://www.facebook.com/194523567550786/posts/1155867211416412/

Pertandingan Resensi (Ulasan) Buku, sila ke pautan https://www.facebook.com/194523567550786/posts/1158991957770604/

Pertandingan Bercerita Kanak-Kanak, sila ke pautan http://www.facebook.com/194523567550786/posts/1159818851021248/