AWAN Negeri Sembilan sokong parti, PH realisasikan rancangan

AWAN Negeri Sembilan sokong parti, PH realisasikan rancangan

Konvensyen Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri Sembilan telah berlangsung dengan jayanya semalam di Dewan Aspirasi/ Aspiration Hall, Senawang.

Program yang dimulakan dengan kata aluan Ketua Wanita AWAN Negeri Sembilan, memberi suntikan semangat kepada semua perwakilan dan pemerhati yang hadir.

“Kemenangan ini perlu kita isi dengan sebaiknya. Sebagai contoh seperti orang baru kahwin, melalui proses mengenali pasangannya,” kata Puan Norwani Ahmad.

Justeru menurut beliau, perubahan itu akan berlaku tetapi akan mengambil masa.

“Kitalah yang memberi sokongan kepada parti dan Pakatan Harapan (PH) untuk merealisasikan segala yang dirancang,” kata beliau.

Beliau turut mengingatkan para perwakilan dan pemerhati agar bersedia dari sekarang untuk pemilihan kepimpinan baharu pada 2019.

“Saudari kini, perlu buat kerja. Biar dikenali sebagai orang yang mampu memimpin. Kita naikkan muka-muka baru untuk memimpin,” ujarnya.

Program diteruskan dengan deklamasi Puisi Merdeka oleh Atriza Umar yang bertajuk ‘Tanah Air’ karya Tongkat Warant atau nama sebenarnya, Usman Awang.

“Puisi ini saya pilih bersesuaian dengan perubahan iklim politik negara kita kini. Malaysia Baharu,” terangnya kepada para hadirin.

Tambah beliau lagi, puisi sasterawan negara ini sangat tepat dan kenanya dengan keadaan negara sekarang, walau telah lama ia dituliskan.

Program diteruskan dengan tayangan multimedia sorotan dua tahun AWAN Negeri Sembilan.

Dalam majlis perasmian penutup Konsvensyen, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Maharani, Johor Darul Takzim YB Norhayati Bachok telah menyampaikan pesanan beliau yang bersemangat lagi bermanfaat buat para Perwakilan dan pemerhati.

Katanya, kemenangan ini adalah satu anugerah Allah yang perlu kita jaga dan peliharanya dengan baik.

Beliau yang juga Naib Ketua Wanita AWAN Nasional berkata, baginya kemenangan ini seakan-akan satu mimpi.

“Kita perlu ikuti sikap yang baik DAP kerana begitu teliti ketika taaruf. Terutamanya apabila mengambil aktivis/ahli parti,” jelas Norhayati

Tambahnya lagi, Sebab tu ahli mereka bekerja bersungguh-sungguh dan betul-betul kenal semangat dan kesungguhan mereka.

Kita perlu jaga kualiti daripada kuantiti agar mendapatkan hasil yang terbaik, tambahnya.

Sebelumnya telah berlangsung Konvensyen AWAN Negeri Sembilan bersama satu usul dari Perwakilan Rembau yang akan diperpanjangkan untuk dibahaskan kepada AMANAH Negeri.

Dalam program ini turut disampaikan cenderahati dan sijil penghargaan kepada wanita-wanita hebat di setiap kawasan yang menyumbang kewangan dan tenaganya untuk kelangsungan Parti Amanah Negeri Sembilan pada pilihan raya ke-14 yang lalu.

Jawatankuasa Konvensyen AWAN Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Dun Maharani, Pemerhati daripada AMANAH Negeri iaitu Haji Shukri Habib dan sekalian yang hadir memudahkan dan menjayakan konvensyen pada kali ini.

CATEGORIES