Awan Perlis bantu mangsa ribut di Sanglang

Che Mazlina bersama pimpinan AMANAH melawat kediaman yang musnah dipukul ribut di Sanglang, Perlis.

Sebaik sahaja kejadian ribut berlaku di Permatang Limau Manis, Sanglang, Perlis, Angkatan Wanita AMANAH (Awan) Perlis segera mengambil inisiatif turun padang bagi membantu keluarga yang terlibat.

Demikian dinyatakan oleh Ketua AwanNegeri Perlis, Che Mazlina Che Yob.

Menurut beliau lagi, ribut yang berlaku pada waktu petang kelmarin di kampung tersebut turut menerbangkan bumbung beberapa buah rumah.

Tegasnya, barangan yang ada dalam rumah terlibat turut rosak dan perlu dibaiki dan diganti.

Che Mazlina Che Yob

Akibat dari insiden tersebut katanya, banyak kediaman perlu dibaiki dan diberi bantuan dengan kadar yang segera termasuklah membaiki bumbung dan kediaman yang rosak.

“Walaupun kita bukan kerajaan yang memerintah di Negeri Perlis, sebaik sahaja mendapat tahu mengenai kejadian yang menimpa, Awan bersama dengan AMANAH Perlis segera turun padang.

“Beberapa tindakan membantu mangsa telah diambil supaya masalah mereka dapat diatasi dengan kadar yang segera.

“Selain itu Awan turut menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban keluarga mangsa sementara menanti bantuan seterusnya,” jelas beliau.

Che Mazlina yang juga merupakan AJK Awan Pusat turut berkata, musibah dan bencana yang berlaku tetap mendapat perhatian Awan.

“Disebalik mendengar keluhan dan masalah yang dihadapi oleh mangsa yang ditimpa musibah, AWAN turut membantu bagi meringankan beban mereka dengan memberi sumbangan.

“Program yang dilaksanakan juga merangkumi pendidikan serta kesihatan kepada semua golongan masyarakat.

“Disamping itu masalah kehidupan mereka yang miskin dan daif tetap menjadi perhatian yang kerap diberi keutamaan oleh Awan Negeri Perlis, ” tambahnya lagi.

Jawatankuasa Amanah Perlis bersama Awan Perlis meninjau salah sebuah rumah mangsa ribut kelmarin.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS